Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Liverpool perlu beri 100% bila berdepan Everton

Dec 01, 2018 | 05:30 AM



LONDON: Belum sempat mereka mengubati luka kekalahan di Liga Juara-Juara baru-baru ini, Liverpool kini terpaksa menerima kedatangan Everton dalam perlawanan 'derby' pada dini hari Isnin nanti.



Pasukan bimbingan Jurgen Klopp tewas 2-1 kepada Paris Saint-Germain (PSG) kelmarin, sekali gus bermakna peluang mereka untuk melangkah ke peringkat kalah mati di kejohanan kelab elit Eropah itu akan ditentukan dalam perlawanan terakhir menentang Napoli.



Bagaimanapun, Liverpool kini harus meletakkan impian mereka untuk terus beraksi di Liga Juara-Juara ke tepi buat sementara waktu bagi memberi perhatian kepada perjuangan mereka merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana England (EPL), Manchester City.



Membincangkan tentang perlawanan tersebut, Klopp berkata Everton adalah 'sebuah pasukan yang berbeza' di bawah Marco Silva.



Beliau berkata:



"Everton telah menunjukkan persembahan yang bagus musim ini dan mereka merupakan pasukan yang berbeza berbanding tiga tahun lalu.



"Kita harus pastikan kita memberikan 100 peratus dalam perlawanan yang sukar ini. Kita perlu terus berjuang dalam liga ini, memenangi perlawanan di padang sendiri dan juga di padang lawan."



Klopp belum pernah tewas di tangan Everton sepanjang tiga tahun berturut-turut, memenangi empat dan seri dua perlawanan derby ini.



Bagi Silva, ia merupakan perlawanan derby Merseyside sulungnya dan Klopp percaya ia mungkin perlawanan yang agak sukar bagi Silva.



Akur bahawa persembahan mereka belum berada di tahap yang diinginkan setiap kali mereka menentang Liverpool, pemain pertahanan Everton Seamus Coleman berkata beliau mahu memberi penyokong peluang merasakan semula kemenangan di Anfield yang belum pernah dikecapi sejak 1999.



"Ia sudah lama sejak kita merasakan kemenangan terakhir di sana dan kita perlu terus memandang ke hadapan selain memberi pemain baru peluang merasakan kemenangan di perlawanan derby. Ia juga untuk penyokong kami.



"Ia mudah untuk ke sana dan katakan semua perkara yang betul dalam sidang media, dan saya pasti kita telah melakukannya selama lima atau 10 tahun yang lalu dan tetap gagal menunjukkan persembahan cemerlang pada hari perlawanan.



"Kita perlu bangkit pada hari perlawanan dan melakukan semua yang hendak diperkatakan dalam padang," kata Coleman.



Sementara itu, dalam perlawanan derby yang lain, pasukan yang menduduki tangga ketiga EPL, Tottenham Hotspurs bakal bertandang ke Stadium Emirates esok dengan semangat tinggi menyusuli kemenangan 1-0 kepada Inter Milan kelmarin.



Pemain midfield Spurs Harry Winks berpendapat bahawa ini merupakan masa yang tepat untuk menentang Arsenal selepas menyaksikan pasukannya menang enam perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan.



"Tentunya perlawanan ini pasti sukar jadi kita perlu bersedia untuk memberi saingan kepada Arsenal," kata pemain antarabangsa England itu.



"Ia adalah satu perlawanan di mana penyokong kami mahu melihat kami menang dan tentunya kami juga ingin mendapatkan kemenangan itu. Kami mempunyai keyakinan yang tinggi."



Bagi perlawanan malam ini, Manchester United berharap nasib akan berubah bagi mereka apabila berhadapan dengan Southampton di Stadium Saint Mary selepas gagal mencatat kemenangan dalam dua perlawanan liga mereka sebelum ini.



United kini berada tujuh mata di pasukan tempat keempat Chelsea dan persembahan mereka di EPL bagai menunjukkan mereka mungkin akan ketinggalan dalam memberi saingan untuk menempah tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.



Pemain midfield United Marouane Fellaini yang telah menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Young Boys baru-baru ini, berkata suasana dalam kelab itu bersemangat berikutan kemenangan 1-0 mereka ke atas kelab Switzerland itu.



"Kritikan adalah sebahagian daripada bola sepak tetapi kita perlu terus berusaha.



"Kami adalah sebuah pasukan, dan bersama-sama kami akan memberikan segalanya. Kami juga perlu maju bersama untuk mendapatkan mata yang diperlukan," ujarnya. - Agensi berita.




JADUAL



Hari ini:



Man City lwn Bournemouth



Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 11 malam



Leicester lwn Watford



Singtel TV Sal 103 & StarHub TV Sal 228, 10.50 malam



Newcastle lwn West Ham



Singtel TV Sal 104 & StarHub TV Sal 229, 10.50 malam



Crystal Palace lwn Burnley



Singtel TV Sal 105 & StarHub TV Sal 230, 10.50 malam



Huddersfield lwn Brighton



Singtel TV Sal 106 & StarHub TV Sal 231, 10.50 malam



Esok:



Southampton lwn Man United



Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 1.30 pagi



Chelsea lwn Fulham



Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 8 malam



Arsenal lwn Tottenham



Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 10 malam



Liverpool lwn Everton



Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 12.15 tengah malam




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >