Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Liverpool, Spurs gagal menang walau 3 mata dah dalam tangan

Dec 29, 2020 | 05:30 AM



ENGLAND: Tandukan gol Semi Ajayi pada saat akhir memberikan pasukan yang sedang tertekan West Bromwich Albion seri 1-1 yang mengejutkan juara dan pendahulu Liga Perdana Liverpool kelmarin.



Golnya sekaligus menyekat Liverpool daripada menang menerusi jaringan awal Sadio Mane.



Keputusan itu bererti Liverpool peroleh 32 mata daripada 15 perlawanan, tiga mata di depan pasukan di tempat kedua Everton.



West Brom kekal di tangga ke-19 dengan lapan mata tetapi semangat pertarungan mereka akan memberi kesan positif kepada bos baru Sam Allardyce.



Ia juga menamatkan rekod tujuh kemenangan berturut-turut Liverpool di padang sendiri apabila Allardyce, yang ditewaskan Aston Villa 0-3 dalam perlawanan pertamanya Ahad lalu, menghidupkan semula harapan West Brom untuk mengelak tersingkir daripada Liga Perdana England.



Pemain bek kiri Liverpool Andy Robertson mengakui Liverpool tidak wajar menang selepas persembahan hambar dalam babak kedua.



"Apabila anda lalai, anda akan alami akibatnya," katanya kepada Sky Sports. "Apabila anda menentang pasukan Sam Allardyce, anda tahu mereka akan terus bertarung dan rebut apa peluang yang mereka dapat.



"Kami cipta peluang pada babak pertama dan kemudian pada babak kedua ia seperti kami tidak mahu lakukannya lagi. Kami semua melakukan kesilapan pada babak kedua, yang tidak sepatutnya berlaku.



"Kami akan pungut satu mata ini dan melangkah ke depan. Kami tidak boleh memikirkannya tetapi ia kekecewaan yang besar."



Liverpool mendominasi Baggies sejak permulaan perlawanan dan Mane meletakkan pasukan tuan rumah di depan pada minit ke-12, membolosi gawang penjaga gol Sam Johnstone dari 10 meter.



Pada minit ke-82, Liverpool cuai memberikan West Brom tendangan sudut dan dihukum ketika hantaran cantik Matheus Pereira dari kanan menemui kepala Ajayi yang melompat tinggi dari Fabinho, untuk menanduk masuk gol ke gawang Liverpool.



Dalam pada itu, Tottenham dihukum kerana taktik terlalu konservatif pengurus Jose Mourinho apabila tandukan gol Romain Saiss menyamakan kedudukan empat minit sebelum wisel penamat membantu Wolves meraih keputusan seri 1-1 di Molineux kelmarin.



Spurs memiliki permulaan ideal ketika Tanguy Ndombele membuka jaringan pada minit pertama.



Kini, anak buah Mourinho gagal mencatat kemenangan dalam empat perlawanan liga berturut-turut, yang mungkin memusnahkan harapan menjulang mahkota liga pertama mereka dalam 60 tahun.



Spurs naik ke tangga kelima liga tetapi kekal enam mata di belakang pendahulu Liverpool.



Selepas perlawanan, Mourinho mengatakan bahawa bukan niatnya mempertahankan jaringan gol yang tipis dan sebaliknya menyoal pemainnya kerana tidak menunjukkan semangat menjaringkan lebih banyak gol.



Mengulas kepada BBC Sport, Mourinho berkata: "Pertahankan benteng dari bawah, itu bukan yang dirancang. Mereka tahu apa yang saya minta pada waktu rehat, sekiranya mereka gagal bermain dengan lebih baik, ia disebabkan mereka gagal bermain dengan lebih baik."



Mourinho menambah: "Kami kecewa dengan keputusan. Kami mengawal perlawanan, tetapi kami mempunyai 89 minit untuk jaringkan lebih banyak gol dan kami gagal.



"Ia bukan hanya tidak menjaringkan gol, ia juga menjadi kurang mengancam dan tidak bersemangat. Bagi saya, itu masalahnya." - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >