Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liverpool tewas lagi, Chelsea ke suku akhir FA Cup

Mar 04, 2020 | 11:12 AM



LONDON: Chelsea telah menyumbang kepada beberapa hari yang amat mengecewakan bagi pasukan Liverpool setelah Willian Borges da Silva dan Ross Barkley berjaya menjaringkan gol dan mengalahkan mereka 2-0 pada Selasa (3 Mac).



Ini secara langsung memberi laluan kepada Chelsea untuk bertanding di suku akhir FA Cup.



Rekod Liverpool tidak kalah dalam 44 perlawanan dalam Liga Perdana, dan siri kemenangan itu berakhir apabila ia tewas 3-0 bertanding dengan Watford pada Sabtu (29 Feb) dan menyaksikan kekalahan lagi di Stamford Bridge, lalu tersingkir daripada FA Cup.



Dalam perlawanan itu, penjaga gol, Adrian gagal menghalang rembatan hebat oleh Willian pada minit ke-13. Bekas pemain midfield Everton, Barkley pula mengesahkan kemenangan Chelsea setelah beliau menjaringkan gol beberapa minit selepas satu jam bertanding.



Dalam perlawanan itu, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp membuat tujuh perubahan kepada pasukannya yang juga telah tewas sewaktu bertanding dengan Watford, namun beliau masih menampilkan pasukan berpengalaman berbanding pasukan yang hampir semua pemain berusia bawah 21 tahun dalam perlawanan dengan Srewsbury Town sebelum ini. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >