Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liverpool tumpaskan Middlesbrough 3-0

Kemenangan The Kop diraikan di padang lawan
Dec 15, 2016 | 10:21 AM



LIVERPOOL (England) - Selepas mencatat kekalahan dan seri dalam dua perlawanan terdahulu, Liverpool kini meraikan kemenangan 3-0 ke atas Middlesbrough awal pagi tadi.



Kemenangan itu dicapai menerusi dua gol sumbangan pemain tengah, Adam Lallana - sekaligus meletakkan Liverpool di tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL).



The Kop menunjukkan persembahan lebih menyakinkan kali ini selepas ia tewas kepada Bournemouth dan seri kepada West Ham United.



Dalam perlawanan di padang lawan hari ini, pasukan The Kop menunjukkan rentak permainan yang menarik dengan hantaran yang dibuat pemain bek kanan, Nathaniel Clyne yang membantu Lallana membuka tirai jaringan menerusi tandukkan pada minit ke-29. Ia kemudian disusuli gol kedua yang dijaringkan Divock Origi pada minit ke-60.



Lallana memastikan Liverpool mengecapi kemenangan dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke-69.



Ini sekaligus meletakkan pasukan di bawah pimpinan Jurgen Klopp menaiki anak tangga dan merampas kedudukan kedua liga daripada Arsenal selepas mengumpul 34 mata namun ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Chelsea.



Perlawanan pagi tadi juga menyaksikan Simon Mignolet merampas tempat sebagai penjaga gawang utama Liverpool menyusuli kelakonan kurang menyakinkan Loris Karius dalam dua perlawanan sebelum ini. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >