Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Liverpool tundukkan Leicester 3-0

Arsenal hanya mampu seri dengan Leeds lepas Pepe dibuang padang hantuk kepala Ezgjan Alioski
Nov 24, 2020 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Liverpool mengetepikan krisis kecederaan untuk berkongsi mata dengan Tottenham Hotspurs di puncak Liga Perdana England (EPL) selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Leicester awal pagi semalam.



Juara bertahan itu beraksi tanpa beberapa pemain utama seperti Virgil van Dijk, Joe Gomez, Trent Alexander-Arnold, Jordan Henderson, Thiago Alcantara, Xherdan Shaqiri dan Alex Oxlade-Chamberlain, sementara penjaring terbanyak Mohamed Salah tidak dapat ditampilkan kerana positif ujian Covid-19.



Namun skuad kendalian Jurgen Klopp itu tetap mempamerkan persembahan terbaik untuk mengatasi Leicester, yang memulakan hujung minggu lalu di puncak liga.



Gol sendiri Jonny Evans, berpunca daripada sepakan sudut James Milner, membuka tirai jaringan buat Liverpool.



Diogo Jota kemudian menjadi pemain tunggal Liverpool menjaringkan gol dalam empat penampilan pertama di padang sendiri dalam persaingan liga selepas menanduk masuk hantaran Andy Robertson.



Beberapa percubaan Liverpool diselamatkan penjaga gol Kasper Schmeichel, sementara percubaan tersasar menghalang Liverpool mengulangi kemenangan 4-0 ke atas Leicester apabila mereka bertemu Disember lalu.



Namun, Robert Firmino melengkapkan kemenangan bergaya Reds, juga menerusi tandukan yang dihasilkan menerusi sepakan sudut Milner enam minit sebelum tamat perlawanan.



"Pemain kami menunjukkan permainan luar biasa terhadap sebuah pasukan di atas. Menentang mereka seperti itu malam ini, saya tidak menganggapnya ia perkara mudah. Pemain pula begitu bersemangat," kata Klopp.



Liverpool kini mencatat rekod baru kelab itu selepas tidak tewas dalam 64 perlawanan liga di Anfield.



Sementara itu, pengurus Arsenal, Mikel Arteta, tidak dapat menerima sikap Pepe yang kurang berdisiplin hingga dibuang padang ketika pasukannya terikat tanpa jaringan dalam aksi liga di Leeds awal pagi semalam.



Arsenal bernasib baik apabila percubaan Leeds menerusi Rodrigo, Patrick Bamford dan Raphinha terkena tiang, selepas Pepe dilayangkan kad merah kerana menghantuk kepala Ezgjan Alioski pada awal separuh masa kedua.



Pemain Ivory Coast itu gagal mencapai reputasinya sejak perpindahan bernilai £72 juta ($129 juta) dari Lille 15 bulan lalu.



"Ia sukar diterima," kata Arteta apabila ditanya apa yang dikatakannya kepada pemain sayap itu selepas perlawanan.



"Sedang Pepe menghampakan pasukan ini, saya sangat gembira akan personaliti pasukan, bagaimana kami bergelut bersama-sama dan percaya dengan apa yang harus kami lakukan."



Mengutip satu mata meninggalkan kedua-dua pasukan di kedudukan pertengahan liga - Arsenal ke-11 sementara Leeds dua mata di belakang di tangga ke-14. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >