Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Liverpool - United: bukan sekadar pertarungan untuk 3 mata

Jan 17, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Manchester United melangkah ke Anfield malam ini (12.30 tengah malam) dalam kedudukannya di persada liga, dengan Liverpool di tangga kedua, tiga mata di belakang.



Ini merupakan kali pertama United di tangga teratas sejak September 2017.



Malah, ia juga merupakan kali pertama pasukan Red Devils itu berada dalam kedudukan tersebut setelah 17 perlawanan sejak Disember 2021 - iaitu dalam musim terakhir Sir Alex Ferguson yang juga kali terakhir United menjulang piala Liga Perdana England (EPL).



Bagaimanapun, pengurus United Ole Gunnar Solskjaer tidak mahu terlalu memikirkan soal kedudukan pasukannya di tangga pertama.



Sebaliknya, beliau menekankan, lawan mereka malam ini - juara bertahan Liverpool - adalah pasukan terbaik di England buat masa sekarang dan United kini sedang gigih berusaha mencapai standard tersebut.



"Kami semua tahu kekuatan Liverpool. Memang sukar untuk memenangi liga, dan kemudian mempertahankannya. Itu bagi saya cabaran paling besar sebagai pemain dahulu," katanya, yang memenangi enam kejuaraan liga dalam 11 musim bersama United.



Solskjaer menambah: "Ia memberi suatu perasaan yang baik berada di persada liga, lebih-lebih lagi menjelang perlawanan penting di Anfield. Tapi hakikatnya, kami perlu terus bekerja keras dan memperbaiki persembahan bukan hanya malam ini, tapi bagi baki perlawanan musim ini."



Bersetuju, bekas pemain and pengurus Liverpool, Graeme Souness, berkata beliau kagum dengan kemajuan yang ditunjukkan United sejauh ini di bawah kepimpinan Solskjaer, namun tidak merasakan United berupaya memenangi EPL musim ini.



"Mungkin musim depan, dengan tambahan satu, dua pemain berkualiti di posisi penting, pastinya bukan musim ini. Saya rasa mereka belum bersedia. Pasukan ini sebuah pasukan hebat, tapi tidak mempunyai mentaliti pemenang, daya tahan untuk mencapai konsistensi yang diperlukan untuk memenangi liga.



"Bagi saya, matlamat realisitik bagi United tetap kedudukan empat teratas liga, dan mereka juga perlu memenangi piala sama ada Piala FA atau Liga Europa," ujar beliau.



Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, pula akur saingan bagi kejuaraan liga musim ini lebih sengit dek musim yang lebih singkat dan padat, serta dipenuhi dengan perlawanan yang ditunda, akibar penularan koronavirus.



Justeru, beliau mengambil setiap saingan dengan serius, termasuk saingan oleh anak buah Solsjkaer.



"United adalah pasukan yang handal di barisan serangan, jadi apabila setiap aspek permainan mereka dari sudut serangan menjadi, sukar bagi pasukan lawan membendung kemaraan mereka.



"Jadi, itu yang perlu kami lakukan. Iaitu mencari cara membataskan gerakan oleh tenaga penggempur United," ujarnya.



Dalam pada itu, Klopp berkata anak buahnya tidak terlalu tertekan dengan kedudukan mereka dalam liga.



"Kami tahu, masih awal lagi dan musim ini menarik, unik dengan kedudukan berubah begitu cepat dan kerap.



"Kami hanya fokus kepada diri kami, kembali bermain pada tahap kami sebenar," ujarnya.



Bersetuju, bekas pemain Arsenal, Ian Wright, berkata dengan masalah kecederaan, khususnya kepada pemain pertahanan, Liverpool telah menunjukkan persembahan yang baik untuk berada di tangga kedua.



"Bagi saya ia hanya akan mengambil sedikit masa lagi untuk Liverpool menemukan semula konsistensi mereka.



"Namun, masalahnya ialah, mereka bukan hanya berdepan dengan cabaran United, tetapi juga dari pasukan seperti Manchester City, Tottenham Hotspurs dan juga Chelsea serta Leicester City.



"Semua pasukan ini hanya memerlukan satu, dua keputusan untuk berpihak kepada mereka untuk mereka memberi cabaran sengit kepada Liverpool.



"Justeru, bagi saya, Klopp agak tertekan untuk memastikan Liverpool kembali pada tahap konsistensi yang kita semua lihat dan kagumi musim lalu," ujarnya.



Bekas pemain Liverpool, Don Hutchinson pula berpendapat perlawanan malam ini pasti sengit dengan kemenangan akan diputuskan dengan kelebihan satu gol.



Menurutnya, tenaga penggempur United - Marcus Rashford, Bruno Fernandes dan Edinson Cavani - setanding dengan Firminho, Mohamad Salah dan Sadio Mane dari Liverpool.



Lantas, beliau menjangkakan perlawanan akan diputuskan oleh tenaga penggempur pasukan mana yang lebih menyerlah malam ini.



"United tidak begitu konsisten di bahagian pertahanan, dan kita semua tahu masalah yang dihadapi oleh Liverpool di benteng pertahanan mereka dengan kecederaan kepada tunggak pasukan, Virgil Van Dijk.



"Bagi saya perbezaannya akan berlaku di barisan penyerang. Siapa yang lebih menyerlah malam ini," katanya lagi.



Meskipun bersetuju, bekas pemain United, Owen Hargreaves, pula berpendapat pertarungan di 'midfield' juga akan menjadi penentu - dengan pertarungan antara Paul Pogba dan Jordan Henderson - sebagai sesuatu yang menarik untuk dilihat.



"Pogba telah menunjukkan kemajuan dalam beberapa perlawanan akhir-akhir ini. Beliau menunjukkan betapa beliau seorang pemain bertaraf dunia dan mampu menjadi pemain penting bagi United.



"Jadi saya tertarik melihat apakah strategi Liverpool untuk membendung Pogba, dan sama ada ini strategi mereka akan menjejas bagaimana Henderson dikerah.



"Yang pasti, ia menjanjikan satu perlawanan yang amat menarik," kata Hargreaves. - Agensi berita.




KLOPP: PERLU BENDUNG TENAGA SERANGAN MAN U 

"United adalah pasukan yang handal di barisan serangan, jadi apabila setiap aspek permainan mereka dari sudut serangan 'menjadi', sukar bagi pasukan lawan membendung kemaraan mereka.

Jadi, itu yang perlu kami lakukan. Iaitu mencari cara membataskan gerakan oleh tenaga penggempur United."

- Pengurus Liverpool Jurgen Klopp.



SOLSKJAER: PERLU TERUS BEKERJA KERAS HINGGA KE PENGHUJUNG

"Kami semua tahu kekuatan Liverpool. Memang sukar untuk memenangi liga, dan kemudian mempertahankannya. Itu bagi saya cabaran paling besar sebagai pemain dahulu.

Ia memberi suatu perasaan yang baik berada di persada liga, lebih-lebih lagi menjelang perlawanan penting di Anfield. Tapi hakikatnya, kami perlu terus bekerja keras dan memperbaiki persembahan bukan hanya malam ini, tapi bagi baki perlawanan musim ini."

- Pengurus United Ole Gunnar Solskjaer.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >