Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT

Loh Kean Yew juara Terbuka Hylo

Nov 09, 2021 | 05:30 AM



PEMAIN badminton Singapura, Loh Kean Yew berjaya memenangi kejuaraan terbesar dalam kerjayanya selepas menewaskan pemain nombor lapan dunia dari Malaysia, Lee Zii Jia yang bersara dari perlawanan akhir perseorangan lelaki Terbuka Hylo kelmarin.



Atlet Singapura berusia 24 tahun itu mendahului 19-21, 21-13, 17-12 di Saarlandhalle di Saarbrucken, Jerman apabila Lee terpaksa menarik diri dari perlawanan itu selepas mengalami kecederaan belakang.



Ini merupakan kejayaan pertama Loh di peringkat Super 500 Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia - peringkat keempat dalam persaingan profesional sukan itu.



Sebelum ini beliau pernah memenangi saingan Masters Thailand pada 2019, yang merupakan kejohanan Super 300, selepas menewaskan bintang dari China, Lin Dan.



Kemenangan di Jerman itu menyaksikan Loh membawa pulang hadiah wang sebanyak AS$24,000 ($32,400) dan 9,200 mata ranking.



Pemain yang menduduki ranking ke-39 berkata: "Saya gembira dapat memenangi kejohanan ini, tetapi saya harap Lee tidak mengalami kecederaan yang teruk.



"Kami berdua memang mahukan kemenangan ini dan memberikan perlawanan yang sengit.



"Ini adalah pencapaian yang baik untuk kerjaya saya dan saya akan terus bekerja keras untuk memastikan terdapat pencapaian sebegini di masa akan datang.



"Adalah bagus untuk menewaskan lawan berpangkat tinggi secara konsisten dan inilah yang saya perlukan untuk berkembang.



"Langkah seterusnya adalah untuk beraksi dengan baik secara konsisten dalam beberapa kejohanan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >