Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BADMINTON

Loh pemain lelaki S'pura pertama lonjak ke No 5 dunia

Oct 06, 2022 | 05:30 AM



PEMAIN badminton utama negara, Loh Kean Yew, telah melonjak menembusi ranking lima pemain terbaik dunia buat julung-julung kali, walaupun tidak beraksi dalam perlawanan rasmi sejak bulan lalu.



Ini adalah kali pertama seorang warga Singapura lelaki meraih pencapaian demikian dalam acara perseorangan.



Sebelum ini, Ronald Susilo, mendaki ke tangga keenam pada 2004.



Dalam acara perseorangan wanita, Zarinah Abdullah mencapai tangga ketiga pada 1994.



Hanya 10 warga Singapura pernah menembusi ranking 10 teratas dalam lima acara - perseorangan dan beregu lelaki; perseorangan dan beregu wanita; dan beregu campuran.



Dalam ranking terkini yang disiarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kelmarin, Loh telah naik dua posisi ke tangga kelima, menggantikan bintang warga Jepun, Kento Momota, yang jatuh ke tangga ketujuh.



Ini selepas BWF mengemkas kini ranking dunia dan mengecualikan sebahagian markah yang dimenangi sejauh 2020.



Markah tersebut dikekalkan kerana pertandingan telah digantung antara Mac-Oktober 2022; dan beberapa acara lain ditangguh semasa pandemik.



Loh, yang sedang berlatih di Brondby bersama pasukan nasional Denmark, menjelang Terbuka Denmark yang berlangsung 18-23 Oktober berkata:



"Ini adalah satu penghormatan yang hebat... di atas semua yang saya telah curahkan bagi membangun kerjaya saya. Mendapat ranking paling tinggi yang termampu adalah penting sedang saya berusaha melayakkan diri ke Olimpik Paris pada 2024.



"Perjalanan untuk tiba ke kedudukan ini sukar dan bukan mudah untuk kekal di sini atau untuk mendaki lebih tinggi, tapi saya akan terus berusaha gigih untuk memperbaiki semua aspek permainan saya."



Ranking yang tinggi bukan sahaja menjadikannya mudah bagi Loh untu melayakkan diri ke Olimpik, malah boleh memberikannya laluan lebih mudah untuk mara dari pusingan kumpulan nanti.



Seramai 16 pemain yang mempunyai ranking tertinggi tidak akan ditemukan semasa pusingan kumpulan.



Jika Loh memperbaiki kedudukannya di ranking dunia, beliau juga boleh mengelak bertemu dengan sebarang pemain di kedudukan empat teratas.



Kerjaya badminton Loh meledak pada tahun lalu, selepas beliau tersingkir dari peringkat kumpulan di Olimpik Tokyo yang berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos.



Menyusuli kemenangannya di Terbuka Belanda, beliau memenangi Terbuka Hylo Super 500 di Jerman, sebelum menjadi warga Singapura pertama memenangi Kejohanan Dunia pada Disember.



Walau bergelut dengan 'form' yang turun naik pada 2022, Loh masih mara ke final Terbuka India dan Sukan SEA, sebelum melayakkan diri ke separuh akhir Terbuka Singapura dan Masters Indonesia.



Beliau juga mara ke suku akhir di Kejohanan Dunia, Kejohanan Asia dan Terbuka Indonesia, keputusan yang membolehkannya mendaki ranking, kerana hanya 10 markah teratas diambil kira dalam menentukan ranking dunia.



Buat masa ini, Loh mempunyai 81,594 markah, di belakang Viktor Axelsen dari Denmark yang mempunyai 122,606 markah, Anders Antonsen (Denmark, 92,700 markah); Lee Zii Jia (Malaysia, 91,578 markah) dan Chou Tien-chen (Taiwan, 89,576).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >