Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU KUMPULAN F: KOREA SELATAN LAWAN MEXICO

Lozano dan Mexico dijulang keyakinan

Jun 23, 2018 | 05:30 AM



ROSTOV-ON-DON (Russia): Kini lebih ramai peminat bola sepak mungkin mengenali pemain muda berbakat Mexico, Herving Lozano.



Gol cemerlang separuh masa pertamanya menghukum juara bertahan, Jerman, yang mengalami kekalahan pertama dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia sejak edisi kejohanan ini pada 1982.



Lebih penting lagi, gol itu akan membolehkan pasukan bergelar 'El Tri' itu mengorak langkah lebih jauh dalam Kumpulan F jika mereka memenangi perlawanan kedua menentang Korea Selatan di Arena Rostov mulai 11 malam ini.



Berusia 22 tahun dan kini menyarungi jersi PSV Eindhoven, Lozano dijangka menjadi penganti rakannya dan bekas bintang Manchester United, Javier 'Chicharito' Hernandez, sebagai wajah baru bola sepak Mexico.



Dengan Lozano menunjukkan ketajamannya di hadapan gawang serta midfield pasukan yang dikendalikan dengan cemerlang oleh Hector Herrera, segala ini tentunya bukanlah berita yang baik bagi Korea yang tidak mampu kalah lagi selepas kecundang pertarungan pembukaannya kepada Sweden.



Malah, bintang pertahanan yang bergerak di midfield pasukan, Miguel Layun, mengatakan bahawa kemenangan ke atas Jerman itu telah menyemarakkan semangat rakannya lain yang mahu meneruskan kecemerlangan itu.



"Kami berjaya mengorak langkah besar... harap-harap ia akan menunjukkan bahawa kami mampu berhadapan dengan mana-mana pasukan lain pada tahap yang sama," ujar Layun, yang bermain bola sepak kelabnya di La Liga Sepanyol.



"(Kemenangan ke atas Jerman) adalah sesuatu yang bersejarah tetapi kami kini mahukan lebih banyak kemenangan," tambahnya sambil memuji kepintaran jurulatih pasukannya yang berasal dari Colombia, Juan Carlos Osorio.



Dengan Mexico memburu tempat ke pusingan kalah mati bagi Piala Dunianya yang ketujuh berturut-turut, Korea akan meletakkan harapannya kepada bintang pasukan yang beraksi bersama Tottenham Hotspur dalam Liga Perdana, Son Heung-min, bagi menghidupkan semula harapan mereka.



Son sebelum ini menyalahkan diri sendiri kerana gagal menyemarakkan semangat rakan-rakannya yang lain semasa kekalahan 0-1 kepada Sweden.



"Saya kecewa dengan prestasi diri sendiri... jika saya gagal menjaringkan gol, ia adalah salah saya kerana sayalah yang harus memikul tanggungjawabnya," ujarnya.



Namun, dengan Son satu-satunya pemain kelas dunia dalam pasukan Korea pimpinan jurulatih Shin Tae-yong, serta Mexico yang dijulang keyakinan selepas kemenangan ke atas juara dunia empat kali, Korea memikul tugas mencabar dalam usaha meloloskan diri daripada peringkat kumpulan ini. - AFP.




Ramalan BH:

Korea Selatan 0

Mexico 1




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >