Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA FA ENGLAND

Lukaku akhiri kemarau gol untuk ceriakan 'The Blues'; Minamino wira Liverpool

Mar 04, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Chelsea bangkit selepas ketinggalan dua kali untuk menewaskan Luton Town 3-2 di tempat lawan, sementara Liverpool menang selesa 2-0 ke atas Norwich City untuk mara ke suku akhir Piala FA England.



Chelsea, yang dikejutkan dengan pengumuman pemilik kelab itu, Roman Abramovic - untuk menjual kelab tersebut sejam sebelum perlawanan bermula - menerima kejutan kedua apabila ketinggalan seawal minit kedua.



Reece Burke membuka tirai jaringan di Kenilworth Road, melalui tandukan kemas hasil hantaran dari tendangan sudut, sebelum Saul Niguez menyamakan kedudukan bagi Chelsea 25 minit kemudian.



Harry Cornick sekali lagi memberikan kelebihan kepada Luton sejurus sebelum rehat, tetapi tiada kemenangan fantasi bagi kelab dari divisyen lebih rendah itu apabila Timo Werner dan Romelu Lukaku menjaringkan dua gol dalam babak kedua untuk memberikan kemenangan kepada The Blues.



Cara Lukaku, penyerang asal Belgium yang terkial-kial menemui sasaran musim ini, meraikan gol kemenangan yang dijaringkannya 10 minit sebelum perlawanan tamat itu mencadangkan pemain yang berasa lega kerana dapat memecahkan kemarau gol peribadi.



Sementara itu, Liverpool menguasai perlawanan dan seharusnya mememenangi perlawanan dengan Norwich City, seteru Liga Perdana England (EPL), dengan lebih selesa.



Namun ia gagal menjaringkan lebih banyak gol selepas Takumi Minamino menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama dan terpaksa mengharungi tekanan hebat bagi 15 minit terakhir selepas Lukas Rupp merapatkan jaringan Norwich.



Namun Liverpool berjaya bertahan sehingga wisel penamat untuk menempah tempat ke suku akhir.



Ini adalah kemenangan keempat bagi Liverpool ke atas Norwich musim ini, selain dua kemenangan dalam EPL dan kemenangan dalam pusingan ketiga Piala Carabao (Piala Liga).



Pengurus Norwich, Dean Smith, berkata:



"Saya percaya pasukan yang layak mara ke suku akhir memenangi pertarungan ini."



"Namun kami berjaya bersaing dengan mereka. Kami juga berjaya mencipta beberapa peluang (jaringan). Ramai pemain yang sebelum ini kurang beraksi telah bermain bermati-matian dan menunjukkan kecekapan masing-masing. Ini semua dapat membantu kami di masa depan."



Kemenangan itu juga bermakna Liverpool terus menghidupkan peluang memenangi empat trofi musim ini - Piala Carabao, Piala FA, EPL dan Liga Juara-Juara Eropah.



Namun, pengurus The Reds, Juergen Klopp, enggan menjawab pertanyaan berhubung soalan itu.



Sebaliknya, beliau berkata pasukannya kini memiliki jumlah pemain bermutu yang mencukupi untuk bersaing bagi pelbagai trofi.



"Inilah antara sebab kami berada dalam keadaan ini... kami mempunyai kekuatan minda yang saya percaya diperlukan untuk berjaya bagi jangka masa panjang.



"Mereka tidak perlu bersaing dengan satu sama lain bagi tempat yang sama, tetapi harus bersaing dengan diri sendiri untuk menampilkan versi terbaik kepada pasukan," kata Klopp.



Dalam pada itu, Southampton juga mara ke suku akhir selepas menewaskan West Ham United 3-1 di tempat sendiri. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >