Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Lukaku 'bayar balik' kepercayaan Chelsea

Aug 24, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Romelu Lukaku menjaringkan gol dalam penampilan keduanya bersama Chelsea kelmarin ketika pemain rekod yang ditandatangani kelab itu mengilhamkan kemenangan 2-0 ke atas Arsenal yang dibelenggu masalah, sementara Harry Kane membuat penampilan pertamanya untuk Tottenham musim ini dalam kemenangan 1-0 ke atas Wolves.



Dalam satu lagi perlawanan kelmarin, Mason Greenwood menjadi penyelamat Manchester United yang terpaksa berpuas hati dengan seri 1-1 di Southampton.



Lukaku menyertai semula Chelsea dari juara Italy, Inter Milan, dengan bayaran £98 juta ($133 juta) dan penyerang Belgium itu 'membalas' pelaburan besar tersebut dalam derby London di Stadium Emirates.



Lukaku, 28 tahun, menghabiskan tiga tahun di Chelsea antara 2011 dengan 2014, tetapi jarang ditampilkan dan tidak pernah menjaringkan gol sebelum dijual kepada Everton.



Penyerang tegap Belgium itu, yang mengalami tempoh sukar di Manchester United sebelum menyerlah di Inter, hanya memerlukan 15 minit untuk menunjukkan kekuatan dan naluri serangannya.



Beliau menahan Pablo Mari untuk memastikan serangan Chelsea terus lancar sebelum mengatasi pemain pertahanan Arsenal itu ketika memecut ke dalam kotak penalti untuk menyempurnakan hantaran Reece James dari jarak dekat.



Rembatan cantik James dari sudut tepi, ketika beliau tidak diawasi, kemudian menjamin kemenangan Chelsea.



Juara Liga Juara-Juara Chelsea menghasilkan permulaan sempurna dalam perjuangan mereka mencabar kejuaraan, menang dua perlawanan berturut-turut tanpa membolosi gol.



"Saya sangat gembira dengan bagaimana Lukaku berintegrasi dengan pasukan, seorang pemain yang sangat pintar yang selesa bermain dengan rakan-rakan lain," kata pengurus Chelsea Thomas Tuchel. "Kehadirannya beri kami sesuatu yang kami tidak miliki... beliau dapat lindungi bola. Permulaan anda (di kelab) tidak boleh menjadi lebih baik lagi daripada jaringan gol, dan dia bantu dalam beberapa peluang jaringan."



Arsenal yang hambar disambut dengan ejekan pada waktu rehat dengan pasukan pimpinan Mikel Arteta kini tanpa mata dan gol selepas mengalami kekalahan liga keduanya, termasuk pertemuan pembukaan musim di Brentford.



"Mereka adalah pasukan yang lebih baik. Ia adalah salah satu detik yang sukar. Keadaannya sukar dan belum pernah terjadi sebelum ini," kata Arteta. "Rasa kasihan pada diri sendiri tidak membantu. Anda mesti menang perlawanan bola sepak, kekal berjuang bersama dan tunjukkan semangat."



Di Molineux, Kane dimasukkan dari bangku pemain simpanan dalam babak kedua selepas pemain sasaran Manchester City itu terlepas beraksi dalam dua perlawanan pertama setelah pulang lewat daripada cuti musim.



Kapten England itu, yang kecewa dengan kemarau piala Spurs selama 13 tahun, berharap dapat memaksa pemindahan ke juara Liga Perdana City sebelum tarikh akhir pemindahan pada 31 Ogos. Namun, City setakat ini enggan memenuhi tawaran harga £150 juta pemilik Spurs Daniel Levy untuk penjaring gol terbanyak liga musim lalu.



Tendangan penalti minit ke-10 Dele Alli menjadi gol tunggal perlawanan kelmarin. Alli dikasari penjaga gol Wolves Jose Sa dan pemain midfield itu menjaringkan gol liga pertamanya sejak Mac 2020.



Bos Tottenham Nuno Espirito Santo, yang kembali ke Molineux buat pertama kali sejak meninggalkan Wolves di penghujung musim lalu, berkata: "Harry masih dalam proses tingkatkan dan perbaiki tahap kecergasannya, tapi dia adalah antara pemain terbaik dunia. Anda boleh lihat bagaimana beliau bantu pasukan dari segi kawalan bola dan lariannya. Kami perlukan ini."



Di St Mary's, United gagal meneruskan rentak membelasah Leeds 5-1 hujung minggu lalu ketika ketinggalan di belakang dalam separuh pertama akibat gol sendiri Fred.



Greenwood menyamakan keadaan pada minit ke-55, hasil hantaran Paul Pogba, dan United terpaksa berpuas hati pulang dengan satu mata. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >