Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Lumba F1 Grand Prix diteruskan di S'pura hingga 2028

Jan 27, 2022 | 11:30 PM







PERLUMBAAN Formula Satu (F1) Grand Prix akan terus diadakan di sini hingga sekurang-kurangnya 2028 selepas persetujuan dicapai bagi melanjutkan kontrak Singapura sebagai tuan rumah acara itu selama tujuh tahun.



Acara itu kembali pada 2 Oktober tahun ini di Marina Bay selepas dua tahun tidak diadakan disebabkan pandemik Covid-19, menurut kenyataan bersama Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Singapore GP pada Khamis (27 Januari).



Ini merupakan lanjutan kontrak Grand Prix paling lama sejauh ini bagi Singapura, dengan kontrak sebelumnya hanya dilanjutkan bagi tempoh empat dan lima tahun.



Lanjutan kontrak tersebut merupakan antara isyarat jelas bahawa Singapura komited untuk meneruskan pembukaannya dan hidup secara endemik dengan Covid-19.



Singapura perlu memberi tumpuan kepada usaha pemulihannya dan pembangunan untuk jangka masa panjang, kata Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran.



“Sementara kita mengharungi cabaran segera pandemik ini, pen ting juga untuk memberi tumpuan kepada pemulihan dan perkembangan jangka masa panjang.



“Perlumbaan F1 Singapura terus menjadi tarikan utama pelancong, acara global dan mesyuarat perniagaan.



“Kami memutuskan untuk terus menjadi tuan rumah kepada perlumbaan F1 ini selama tujuh tahun lagi, selepas menilai manfaat jangka panjang lanjutan kontrak ini kepada Singapura.



“Ia akan membantu mengekalkan reputasi Singapura sebagai bandar global dengan gaya hidup rancak, menarik lebih ramai pengunjung antarabangsa dan menjana pendapatan perniagaan dan pekerjaan bagi warga Singapura.”



Menurut kenyataan STB dan Singapore GP, pihak berkepentingan acara itu akan bekerjasama dengan agensi pemerintah pelbagai untuk menjaga keselamatan dan kesihatan kesemua peserta, kakitangan, peminat tempatan dan luar negara serta masyarakat secara keseluruhan.



Ketua Pegawai Eksekutif F1, Encik Stefano Domenicali, turut melahirkan rasa gembira atas lanjutan kontrak itu.



Katanya: “Litar Marina Bay ini merupakan tapak di mana kita anjurkan perlumbaan malam pertama dalam sejarah F1 pada 2008, dan sejak itu Singapura berjaya membuat peminat, pasukan dan pemandu F1 cukup teruja.



“Singapura mempunyai kedudukan istimewa dalam kalendar F1 dan lanjutan ini merupakan sebahagian daripada komitmen jangka panjang kami untuk terus membangunkan sukan ini di Asia.”



Meskipun Singapura telah me nganjurkan beberapa acara antarabangsa sejak beberapa bulan lalu- termasuk konsert JJ Lin di Marina Bay Sands dan Forum Ekonomi Baru Bloomberg di Sentosa – skala aca ra F1 biasanya lebih besar.



Acara F1 pada 2019, kali ter akhir ia dianjurkan di Singapura, menarik lebih 268,000 penonton dalam tempoh tiga hari. Pengunjung luar negara juga biasanya membentuk 40 peratus penonton di sini dan hujung minggu perlumbaan tersebut menyumbang hampir $130 juta terhadap perbelanjaan pelancongan setiap tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >