Subuh
5:58
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:41
Maghrib
7:21
Isyak
8:33

Lumba motosikal sedunia di sepang

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Lumba motosikal sedunia di sepang

May 27, 2014 | 08:44 PM

SATU lagi acara bertaraf dunia yang boleh dinikmati peminat sukan bermotor setempat.

Mereka tidak perlu berjalan jauh, sebaliknya hanya perlu ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di negara jiran apabila perlumbaan Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) kembali dianjurkan selepas lebih 22 tahun dengan perlumbaan pada 6-8 Jun di Sepang itu adalah satu-satunya di Asia.

Kesemuanya, perlumbaan WSBK menampilkan 14 pusingan yang bermula di Australia pada Februari lalu. Kejohanan di Sepang adalah pusingan keenam musim ini.

Selain menjadi tuan rumah perlumbaan MotoGP, SIC percaya masanya adalah tepat bagi Malaysia menjadi hos kededua perlumbaan terbesar sukan lumba motosikal itu dalam usaha meningkatkan minat dalam sukan itu.

Bercakap di sidang media yang berlangsung di Hotel Concorde di sini semalam, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Dato' Razlan Razali melahirkan harapannya menjadikan WSBK - yang kembali di Malaysia buat pertama kali sejak 1992 - satu acara sehebat perlumbaan Formula Satu dan Grand Prix MotoGP yang dianjurkan litar itu.

Bagi WSBK, SIC menawarkan harga tiket istimewa $220 yang membolehkan peminat bebas bergerak di kawasan paddock, menikmati pelbagai permainan interaktif yang tersedia di samping berada lebih dekat dengan pelumba-pelumba handalan dunia.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3