Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

CATATAN WARTAWAN - LIGA PERDANA ENGLAND

Maaf penyokong Liverpool... saingan musim ini hebat sekali

May 24, 2022 | 05:30 AM



PERTARUNGAN akhir yang menjanjikan saingan-saingan sengit lagi mendebarkan.



Apa yang pasti, ia tidak menghampakan.



Oops! Maaf mungkin menghampakan hanya untuk para penyokong Liverpool selepas pasukan mereka hampir-hampir berjaya merampas kejuaraan Liga Perdana England (EPL) dari Manchester City.



Namun apakan daya, pasukan kendalian Pep Guardiola telah benar-benar membuktikan mereka adalah pasukan terunggul England - sebuah pasukan yang tidak pernah mengenal erti kalah dan berjuang bermatian-matian hingga ke wisel penamat.



Di hadapan penyokong sendiri, City dinobat juara dengan cara yang penuh dramatik walaupun terpaksa mengambil laluan yang sukar.



Dengan hanya 15 minit sebelum akhir perlawanan, City bangkit daripada ketinggalan dua gol di tangan Aston Villa untuk menjaringkan tiga gol dalam masa lima minit.



Ini sekali gus meranapkan impian Liverpool untuk membolot empat kejuaraan utama selepas mereka berjaya memenangi Piala Liga dan Piala FA dan masih dalam saingan untuk merebut piala Liga Juara-Juara Eropah.



Sebelum perlawanan yang menutup tirai EPL bermula kelmarin, penyokong Liverpool telah tertanya-tanya adakah mereka mempunyai 'peluang' untuk menjadi juara liga dan hampir kesemua mereka tidak yakin ia dapat dilakukan.



Bagaimanapun, pemikiran tersebut terus berubah dan mereka mula merasakan keyakinan apabila mendapat tahu Aston Villa berjaya mendahului perlawanan dengan juara bertahan itu dengan dua gol.



Tetapi apabila wisel sepenuh masa ditiup dan mengesahkan destinasi mahkota, tiada rasa kekecewaan yang dirasakan. Sebaliknya penyokong Liverpool berasa bangga dengan tahap persembahan dan prestasi yang ditunjukkan pasukan itu.



Didorong dengan saingan sengit dari City, mereka sekali lagi berjaya mencapai tahap yang luar biasa.



Bercakap selepas kemenangan 3-1 menentang Wolves, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata:



"Ia bukan keputusan yang kami mahukan. Ia adalah satu perjalanan yang penuh liku. 92 mata benar-benar luar biasa. Kami mahukan semuanya, tetapi kini ia okay."



Sementara itu, pasukan seperti Manchester United dan Arsenal perlu merenung dan melihat kembali kekurangan sepanjang musim yang mengecewakan.



Walaupun dengan jurulatih baru Erik ten Hag memerhatikan perlawanan mereka di stadium, United tidak dapat bangkit dari kekalahan 0-1 di tangan Crystal Palace dan menjadikannya musim terburuk mereka.



Mereka bagaimanapun masih berjaya mendapatkan tempat terakhir bagi saingan Liga Europa, hanya dua mata di depan West Ham yang tumbang 1-3 menentang Brighton.



Mampukah jurulatih baru United, Ten Hag, mengubah nasib pasukan ini musim depan?



Dengan beberapa pemain dilaporkan akan meninggalkan Old Trafford, ada kemungkinan keadaan boleh berubah menjadi lebih baik.



Perkara yang serupa juga boleh dikatakan dengan Arsenal. Di bawah Mikel Arteta, pasukan muda itu telah menunjukkan potensi yang besar.



Meskipun sasaran mereka adalah untuk layak ke Liga Juara-Juara tidak kesampaian, namun tidak dapat dinafikan lagi, The Gunners boleh pergi jauh - jika mereka berjaya mengekalkan jumlah pemain muda yang sama dan membawa beberapa nama lagi untuk memperkuatkan skuad.



Pertarungan antara empat pasukan terbawah juga diputuskan pada minit ke-94 yang menyaksikan Leeds United terselamat daripada disingkirkan.



Memerlukan kemenangan dan bantuan daripada Newcastle menentang Burnley, Leeds mengekalkan status EPL untuk semusim lagi hasil kemenangan lewat pada masa kecederaan daripada pemain sayap Jack Harrison.



Mendahului 2-1 dan dengan Burnley tewas dengan jaringan yang sama di tempat sendiri kepada Newcastle dengan hanya beberapa saat yang tinggal sebelum musim ini melabuhkan tirai, Leeds dan 1,700 penyokong mereka tahu bahawa mereka telah selamat. Suasana riuh dan kegembiraan jelas dapat dilihat bukan sahaja di dalam stadium malah di luar stadium.



Jika begini cara saingan EPL akan berakhir, peminat EPL pastinya tidak sabar menunggu musim baru untuk bermula!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >