Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Mac Versrtappen bukti layak di Hungary

Jul 27, 2015 | 05:31 PM



BUDAPEST: Hanya dua bulan sebelum meraikan hari jadinya yang ke-18, Mac Versrtappen telah membuktikan bakatnya apabila beliau menduduki tempat keempat di Grand Prix Hungary kelmarin.


"Macam tak percaya," kata pemandu Belanda tersebut yang bapanya, Jos, terus bertindak selaku supirnya di kebanyakan negara kerana beliau masih terlalu muda untuk menyewa kereta ke litar perlumbaan.


Pada Litar Hungaroring yang sama di mana bapanya mencatatkan pencapaian terbaiknya dalam Formula One (tempat ke-12) bersama pasukan Benetton pada 1994, Verstappen membuktikan beliau layak berada dalam kalangan pemandu elit.


Selepas memulakan perlumbaan dengan buruk yang menyaksikan beliau ketinggalan di tempat ke-13 dari tempat kesembilan, Verstappen bangkit untuk menamatkan perlumbaan di tempat keempat.


Pemandu Toro Rosso itu berkata: "Saya tidak menduganya sama sekali selepas permulaan yang buruk, tetapi saya dapat mengelak terlibat dalam sebarang masalah dan selepas masuk ke pit untuk kali pertama semuanya berjalan lancar," jelas beliau.


"Saya rasa selesa di dalam kereta dan mereka yang di belakang saya, tidak kelihatan dapat memintas saya.


"Dan apabila perlumbaan dimulakan semula (selepas kereta keselamatan), banyak yang berlaku dengan beberapa kereta berlanggar di hadapan saya.


"Saya depan kereta saya juga rosak sedikit dan saya dikenakan penalti pandu melalui lorong pit. Jadi dengan tinggal beberapa pusingan, saya menanyakan kepada jurutera saya mengenai kedudukan saya dan apabila beliau berkata P4, saya hampir tidak percaya."


Sementara itu, juara dunia dua kali, Fernando Alonso, mengalu-alukan 'hadiah' mendapat mata apabila nasib pemandu McLaren itu bertukar daripada buruk kepada baik dalam tempoh sehari.


Alonso, yang terpaksa menolak keretanya apabila ia mengalami kerosakan pada sesi kelayakan Sabtu lalu, telah memulakan perlumbaan di petak ke-15 dan menamatkannya di tempat kelima.


Rakan sepasukan, Jenson Button, yang memulakan perlumbaan di petak ke-16, turut mengutip mata dengan menduduki tempat kesembilan - kali pertama musim ini McLaren mendapati kededua kereta mereka mengutip mata dalam perlumbaan yang sama.


Jumlah mata yang dipungut kelmarin juga lebih seganda daripada yang mereka kumpulkan sejauh ini selepas sembilan perlumbaan.


"Sara jujur saya katakan, ia adalah satu 'hadiah' kecil untuk menduduki tempat kelima," kata Alonso, yang pertama kali memenangi perlumbaan Formula Satu di litar tersebut semasa bersama Renault pada 2003. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >