Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU KUMPULAN B: PORTUGAL LAWAN MAGHRIBI

Maghribi belum menyerah sekalipun pikul tugas halangi Ronaldo dan Portugal

Jun 20, 2018 | 05:30 AM



MOSCOW: Bintang penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo, akan berusaha mengulangi kecemerlangan perlawanan pembukaan apabila turun menentang Maghribi yang masih diselubungi kehampaan mengalami kekalahan melalui gol minit-minit terakhir.



Jaringan hatrik daripada Pemain Terbaik Dunia sebanyak lima kali itu membantu Portugal berkongsi mata dengan Sepanyol dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B pada Sabtu lalu.



Ia juga merupakan hatrik ke-51 sepanjang kerjaya gemilang superstar Portugal dan Real Madrid itu selain hatrik ke-51 dalam sejarah Piala Dunia dengan Ronaldo turut menyaksikan namanya terpahat dalam buku rekod kejohanan ini sebagai hanya pemain keempat yang berjaya menjaringkan gol dalam empat edisi Piala Dunia.



"Saya begitu gembira sekali... ia satu rekod peribadi yang bagus," ujar Ronaldo.



"Bagi saya, perkara yang paling penting ialah peranan yang dimainkan pasukan ke atas salah sebuah pasukan pilihan yang memenangi Piala Dunia ini."



Sekalipun menjuarai Euro 2016, Portugal dianggap bukan antara pesaing serius dalam temasya anjuran Russia ini tetapi Ronaldo dan rakan sepasukannya berupaya mengorak langkah besar melayakkan diri ke pusingan kalah mati jika dapat mencatatkan kemenangan ke atas Maghribi di Stadium Luzhniki mulai 8 malam ini.



Rakan penyerang, Andre Silva, pula memberitahu pemberita di pangkalan latihan pasukan di Moscow, bahawa beliau berpendapat Portugal lebih gagah daripada Maghribi tetapi menjangkakan cabaran sengit daripada wakil Afrika itu.



"Jika anda membuat perbandingan antara dua pasukan ini, saya fikir kami lebih kuat daripada Maghribi tetapi saya tidak menjangkakan satu perlawanan yang mudah," ujar Silva.



"Kami tidak boleh meremehkan keupayaan mereka... kami perlu menghormati setiap pasukan lawan... tiada perlawanan yang mudah dalam Piala Dunia ini."



Perlawanan ini hanya pertemuan kedua antara dua negara itu - kali pertama Maghribi menewaskan Portugal 3-1 dalam Piala Dunia 1986.



Maghribi menyerlah sepanjang kelayakan ke Piala Dunia Russia ini - kali pertama mereka layak ke pentas terbesar bola sepak dunia itu dalam 20 tahun - tetapi peluang mereka semakin tipis selepas gol sendiri tandukan Aziz Bouhaddouz pada minit ke-95 memberikan kemenangan kepada Iran pada Jumaat lalu.



Maghribi pimpinan Herve Renard kini berhadapan tugas menggunung - menentang Portugal malam ini dan Sepanyol pada Selasa depan - untuk menyelamatkan kempen Piala Dunianya.



Tunggak midfieldnya, Faycal Fajr, bagaimanapun, menegaskan bahawa segalanya masih belum terlambat bagi pasukan bergelar 'Atlas Lions' itu.



"Jika saya mengatakan bahawa saya tidak yakin dengan keupayaan kami mara, ia sesuatu yang bohong," ujar Fajr, seorang daripada 17 pemain dalam skuad yang dilahirkan di luar Maghribi.



"Saya boleh berikan anda contoh seperti Argentina yang seri (1-1 dengan Iceland)... Pemain Portugal mempunyai dua kali dan mereka juga manusia seperti kami... (peluang) kami belum terkubur lagi." - AFP, Reuters.



Ramalan BH:



Portugal 3

Maghribi 1




JADUAL



Portugal lwn Maghribi

Singtel Sal 141 & StarHub Sal 222, 8 malam ini



Uruguay lwn Arab Saudi

Singtel Sal 141 & StarHub Sal 222, 11 malam ini



Iran lwn Sepanyol    

Singtel Sal 141 & StarHub Sal 222,2 pagi esok




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >