Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Maghribi wakil sulung Afrika ke suku akhir

Dec 08, 2022 | 05:30 AM



Al-RAYYAN: Piala Dunia di Qatar mempunyai wakil sulung negara Arab dalam saingan suku akhir.



Maghribi menjadi satu daripada empat negara Afrika yang pernah mara ke suku akhir di kejohanan bola sepak terbesar dunia itu apabila menewaskan Sepanyol menerusi tendangan penalti selepas kededua pasukan terikat tanpa jaringan.



Selepas bermain selama 120 minit, dan berjaya menyempurnakan dua sepakan penalti, detik tekanan jatuh kepada Achraf Hakimi, pemain kelahiran Sepanyol, yang membesar di Madrid dan pernah mewakili kelab Real Madrid.



Hakimi layak mewakili Sepanyol, namun pemain berusia 24 tahun itu memilih Maghribi.



Dalam perlawanan semalam, beliau tahu jaringannya akan memastikan kemenangan penalti 3-0 dan membawa pasukannya mara ke suku akhir Piala Dunia buat kali pertama.



Pemain pertahanan itu tampil ke hadapan dan menjaringkan gol melalui tendangan ala-panenka untuk membawa kegembiraan bagi penyokong Maghribi.



Bek kanan Paris St-Germain itu tidak menjadi wira negaranya, bersama-sama dengan penjaga gol Yaccine Bounou yang bertindak cemerlang dengan menyelamatkan dua sepakan penalti.



Dalam pada itu, sepakan pemain Sepanyol, Pablo Sarabia, juga terkena tiang gol, dengan Abdelhamid Sabiri dan Hakim Ziyech berjaya menjaringkan penalti mereka untuk untuk Maghribi.



Pengurus Maghribi Walid Regragui, yang dilantik hanya pada September, diangkat pemainnya ketika meraikan kemenangan itu.



"Saya rasa mustahil kami lakukannya tanpa penyokong kami. Ramai datang ke Qatar untuk menyokong kami, dari Amerika, dari Eropah dan Maghribi," kata Regragui.



Maghribi dilihat sebagai 'underdog' dalam perlawanan tersebut dan mereka sedar ramai menyangkakan Sepanyol akan menang dan mara.



Walaupun pasukan Luis Enrique cuba mencari ruang menjaringkan gol melalui berpuluh hantaran, Maghribi berpegang teguh pada pelan mereka dan bertahan dengan hebat, hanya membenarkan Sepanyol satu rembatan ke arah gol.



Maghribi merupakan hanya pasukan Afrika keempat, dan negara Arab pertama, yang mara ke peringkat suku-akhirr selepas Cameroon pada 1990, Senegal pada 2002 dan Ghana pada 2010.



Selepas perlawanan itu, Regragui berkata:



"Ia adalah satu pencapaian yang luar biasa dan mereka semua menunjukkan keazaman yang luar biasa".



Pencapaian mereka begitu besar sehingga Regragui menerima panggilan telefon daripada Raja Maghribi, Mohammed VI, selepas perlawanan tersebut.



"Sungguh luar biasa bagi warga Maghribi menerima panggilan itu. Beliau sentiasa menggalakkan kami, memberi kami nasihat dan, menggesa kami untuk memberikan yang terbaik. Mesejnya sentiasa sama, beliau berbangga dengan kami dan hasilnya kami mahu pergi lebih jauh dan melakukan lebih baik pada masa akan datang," kata Regragui. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >