Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahkamah Paraguay arah Ronaldinho jalani tahanan di hotel

Apr 8, 2020 | 8:04 AM
DIBEBASKAN DARI PENJARA: Kedua-dua Ronaldinho (berbaju kemeja-T hitam) dan abangnya, Roberto, (dibelakang Ronaldinho) telah dipenjarakan genap sebulan lalu kelmarin sementara menunggu perbicaraan bagi kes memiliki pasport palsu untuk memasuki Paraguay. Peguam bagi kedua-dua tertuduh telah menyediakan ikat jamin berjumlah $1.6 juta ($2.28 juta) sebelum kedua-dua tertuduh dibawa ke sebuah hotel di bandar Asuncion bagi menjalani tahanan sementara menanti perbicaraan.
DIBEBASKAN DARI PENJARA: Kedua-dua Ronaldinho (berbaju kemeja-T hitam) dan abangnya, Roberto, (dibelakang Ronaldinho) telah dipenjarakan genap sebulan lalu kelmarin sementara menunggu perbicaraan bagi kes memiliki pasport palsu untuk memasuki Paraguay. Peguam bagi kedua-dua tertuduh telah menyediakan ikat jamin berjumlah $1.6 juta ($2.28 juta) sebelum kedua-dua tertuduh dibawa ke sebuah hotel di bandar Asuncion bagi menjalani tahanan sementara menanti perbicaraan. - AFP

ASUNCION: Selepas ditahan selama 32 hari dalam penjara kerana kesalahan memiliki pasport palsu, seorang hakim Paraguay telah mengarahkan agar bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho, dan abangnya, Roberto, dibebaskan tetapi perlu menjalani penahanan di sebuah hotel di bandar Asuncion.

Hakim Gustavo Amarilla, memberitahu wartawan bahawa beliau telah mengarahkan supaya Ronaldinho dan abangnya "terus dikenakan perintah tahanan di sebuah hotel."

Kedua-dua mereka telah dipenjarakan genap sebulan lalu kelmarin sementara menunggu perbicaraan bagi kes memiliki pasport palsu untuk memasuki Paraguay. Peguam bagi kedua-dua tertuduh telah menyediakan ikat jamin berjumlah $1.6 juta ($2.28 juta).

Keputusan itu bermakna, adik-beradik itu boleh menikmati penahanan dalam suasana lebih baik berbanding bilik tahanan polis - yang juga menempatkan bekas ketua persekutuan bola sepak Paraguay dan bekas speaker dewan rakyat - sebuah hotel dalam sekitaran kolonial di tengah-tengah bandar Asuncion.

Disebabkan Paraguay mengenakan perintah berkurung bagi mengekang penularan pandemik koronavirus, hakim telah membuat keputusannya menerusi panggilan telefon kepada kedua-dua beradik itu, dengan kedua-dua pihak pendakwa dan peguambela dan kamera TV - turut sama.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah Ronaldinho, yang mengenakan kemeja-T berwarna hitam dan lilitan kepala dengan warna yang sama, sambil menyatakan segalanya adalah baik.

Menurut Ronaldinho, beliau sebelum ini telah diberi pasport palsu oleh pihak penaja bagi sebuah pertubuhan amal yang membantu kanak-kanak kurang bernasib baik.

Seramai 14 orang talah didakwa bagi kes yang dihadapi Ronaldinho, yang turut diluaskan dan mencakupi kemungkinan berlakunya pemindahan wang secara haram.

Satu waran tangkap telah dikeluarkan ke atas seorang ahli perniagaan wanita Paraguay yang bertanggungjawab atas yayasan amal yang mengundang Ronaldinho.

Ronaldinho, dianggap antara pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman, dan merupakan bintang yang memenangi Piala Dunia 2002 bersama-sama Brazil, dan bermain untuk kelab-kelab utama Eropah seperti Barcelona, Paris Saint-Germain dan AC Milan.

Beliau kekal popular meskipun dalam penjara, dengan menghadiahkan sebuah piala kepada pasukan yang menang dalam kejohanan futsal untuk banduan. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg