SENI MEMPERTAHANKAN DIRI CAMPURAN (MMA)
Mahu buktikan kehebatan dalam MMA, tekad buka gimnasium sendiri
Aug 04, 2019 | 05:30 AM
DIRINYA sering dipilih menjadi penjaga gawang apabila bermain bola sepak bersama rakannya di bangku sekolah menengah dan disebabkan itu, sukan tersebut bukanlah antara yang diminati Nazri Sutari.
"Saya anggap diri saya seperti budak gemuk yang lain... setiap kali saya bermain bola sepak, rakan-rakan saya suruh saya jadi penjaga gawang," kata bekas pelajar Sekolah Menengah Tanglin itu.