Mahu lompat lebih tinggi sertai Sukan SEA
Apr 03, 2015 | 05:30 AM
LONCATAN terbaik yang dilakukan atlit lompat tinggi nasional Muhammad Nasiruddin Jumari tahun ini - 1.93 meter - kurang 20 sentimeter daripada ketinggian yang ditetapkan bagi melayakkan diri ke Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-28 Jun nanti.
Namun, menjelang Kejohanan Padang & Balapan Terbuka Singapura ke-77 (Terbuka Singapura) yang berlangsung esok dan lusa, Nasiruddin yakin beliau dapat meloncat lebih tinggi.