Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Mahu tarik bakat muda Ansu Fati dari Barca? Bayar dulu $1.5b

Oct 22, 2021 | 05:30 AM



BARCELONA: Pemain remaja Barcelona Ansu Fati telah melanjutkan kontrak dengan kelab La Liga Sepanyol itu yang kini menuntut bayaran 1 bilion euro ($1.5 bilion) daripada mana-mana kelab yang ingin membelinya.



Pemain berusia 18 tahun ini, yang kini menyarungi jersi nombor 10 yang ditinggalkan Lionel Messi, kelmarin turut membantu Barcelona menewaskan Dynamo Kiev 1-0 dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di Nou Camp.



Kontrak baru yang ditandatanganinya itu berakhir pada 2027.



Beliau ialah pemain Barcelona kedua dalam seminggu untuk menandatangani kontrak dengan syarat pembelian sedemikian, menyusuli seorang lagi bakat muda, Pedri.



Fati, yang telah empat kali menyarung jersi Sepanyol, mewakili Barcelona sejak berusia 10 tahun dan pada bulan lalu kembali ke padang untuk menjaringkan gol selepas lebih 10 bulan tidak beraksi akibat kecederaan lutut.



Buat masa ini, Fati, yang dianggap pemerhati bola sepak sebagai antara pemain paling berbakat dan berpotensi bagi generasinya, telah beraksi 47 kali dalam kesebelasan utama Barcelona, menjaringkan 15 gol.



Beliau menjadi pemain kedua termuda menyarung jersi pasukan utama Barcelona apabila diturunkan bagi perlawanan pada usia 16 tahun dan 298 hari.



Beliau juga adalah penjaring gol termuda kelab itu dalam La Liga. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >