Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Malam penentuan

SLOT LIGA JUARA-JUARA, LIGA EUROPA, LIGA PERSIDANGAN EUROPA MASIH JADI REBUTAN
May 23, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Musim 38 perlawanan mencapai penghujungnya malam ini, dengan tiga pasukan masih bersaing untuk merebut tempat dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan. Manchester City telah pun menjamin tempat sebagai juara musim ini. Seteru sekota, Manchester United di tangga kedua juga begitu.Namun hanya satu mata mengasingkan Chelsea di tangga ketiga dengan Leicester di tangga kelima. Liverpool pula di tengah-tengah, sama mata dengan Leicester tetapi dengan kelebihan gol lebih baik. Justeru, apakah kesudahannya bagi kelayakan ke pertandingan Eropah pada hari terakhir ini. Pasukan mana masih boleh layakkan diri ke Liga Europa? Pasukan mana pula yang akan beraksi dalam Liga Persidangan Europa – pertandingan terbaru yang bakal dianjurkan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah pada musim depan?




LIGA JUARA-JUARA EROPAH



2 sudah layak, 3 lagi bersaing 2 slot



Kedudukan terkini 3 kelab



Chelsea: 37 perlawanan  67 mata



Liverpool: 37 perlawanan 66 mata



Leicester: 37 perlawanan 66 mata



EMPAT pasukan teratas dalam EPL melayakkan diri ke pusingan kumpulan Liga Juara-Juara. Begitu juga juara Liga Juara-Juara dan Liga Europa, jika mereka tidak menduduki empat tangga ke atas dalam EPL.



Hanya lima pasukan dari England semusim dibenar beraksi dalam Liga Juara-Juara.



Ini bermakna, meskipun Chelsea tidak dapat melayakkan diri ke Liga Juara-Juara jika ia mengakhiri musim di tangga kelima, ia masih dapat melayakkan diri jika menewaskan City dalam final Liga Juara-Juara pada 29 Mei ini.



Namun, Chelsea boleh menjamin tangga ketiga dalam EPL dan tempat di Liga Juara-Juara jika ia menewaskan Aston Villa dalam perlawanan terakhir EPL nanti.



Liverpool dan Leicester pula melangkah ke padang bagi perlawanan masing-masing hari ini dengan kedudukan terikat dengan 66 mata.



Namun Liverpool mempunyai kelebihan menerusi kiraan gol.



Ini bermakna, jika Liverpool menewaskan Crystal Palace 1-0 hari ini, Leicester bukan sahaja perlu memenangi perlawanan dengan Tottenham Hotspur, malah memerlukan kemenangan dengan kelebihan lima gol untuk merampas tangga keempat EPL daripada Liverpool.




LIGA EUROPA



HANYA 32 pasukan akan menandingi Liga Europa musim depan, berbanding 48 pasukan pada musim ini dan musim-musim sebelumnya.



Pasukan yang menduduki tangga kelima EPL akan melayakkan diri ke pusingan kumpulan Liga Europa. Pasukan di tangga keenam juga akan melayakkan diri ke Liga Europa, kerana Leicester, yang juga pemenang Piala FA, telah menjamin tempat di sekurang-kurangnya tangga kelima.



Juara Piala FA mendapat tempat automatik di Liga Europa.



Menjelang perlawanan terakhir hari ini, Leicester berada di tangga kelima, empat mata di atas West Ham yang menduduki tangga keenam.



Lagi dua pasukan Tottenham dan Everton, masih boleh merebut tangga keenam liga dan tempat di Liga Europa.




LIGA PERSIDANGAN EUROPA



LIGA baru ini dianggap sebagai liga ketiga di bawah Liga Juara-Juara dan Liga Europa.



Pasukan yang mengakhiri musim EPL ini di tangga ketujuh akan melayakkan diri ke pusingan 'play-off' Liga Persidangan Europa yang akan dilangsungkan menerusi dua perlawanan pada 19 Ogos dan 26 Ogos.



Salah satu daripada pasukan-pasukan ini - West Ham, Spurs, Everton dan Arsenal masih boleh melayakkan diri ke Liga Persidangan Europa ini.



Leeds, yang kini menduduki tangga ke-10, juga masih berpeluang berbuat demikian, walaupun harapannya adalah tipis.



Ia bukan sahaja perlu menewaskan West Bromwich Albion malam ini, malah harus menjaringkan berbakul gol dan mengharapkan keputusan perlawanan lain menyebelahinya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >