ENGLAND: Gol minit ke-115 Sergio Oliveria mengejutkan Juventus dan menghantar Porto ke pusingan seterusnya dengan agregat 4-4 menerusi gol padang lawan dalam perlawanan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara yang mendebarkan kelmarin.
Tendangan percuma jarak jauh Oliveria pada hujung babak kedua waktu tambahan melepasi antara kaki Cristiano Ronaldo, yang membentuk tembok Juventus, untuk membawa kedudukan kepada 2-2 malam kelmarin dan meletakkan Porto di depan selepas dua pusingan.
Tandukan kuat Adrien Rabiot dua minit kemudian memberikan juara Italy itu harapan, hanya untuk penjaga gol Porto Agustin Marchesin menghalang jaringan pada detik-detik terakhir untuk memastikan juara Portugal itu mara menerusi gol padang lawan meskipun kemenangan Juventus 3-2 dalam pusingan kedua.
Porto telah melanjutkan kelebihan agregat 3-1 hasil penalti Oliveria pada minit ke-19 setelah Merih Demiral menjatuhkan pemain Porto Mehdi Taremi.
Tetapi, pemain Juventus Federico Chiesa menemui sasaran pada minit ke-49 sebelum Taremi dilayangkan kad kuning keduanya kerana sengaja menendang bola.
Chiesa kemudian menanduk hantaran bola Juan Cuadrado pada minit ke-63 untuk menyamakan agregat.
Ia kelihatan seperti Juventus akan mengambil kesempatan kerana mempunyai kelebihan satu pemain tetapi Porto mempertahankan benteng dengan baik untuk membawa permainan ke waktu tambahan di mana gol Oliveria menentukan perlawanan.
Juventus kini telah disingkirkan dalam pusingan ini menerusi gol padang lawan buat dua musim berturut-turut.
Dalam pada itu, Erling Braut Haaland menjaringkan gol ke-19 dan ke-20 beliau dalam 14 penampilan Liga Juara-Juara ketika Borussia Dortmund terikat 2-2 dengan Sevilla untuk melangkah ke suku akhir dengan agregat 5-4.
Penyerang berusia 20 tahun itu membuka jaringan pada minit ke-35 dengan satu-satunya sentuhan beliau dalam kotak penalti lawan pada babak pertama apabila hantaran Marcos Reus menjumpai pemain Norway itu yang membolosi gawang penjaga gol Yassine Bounou dengan mudah.
Awal dalam babak kedua, Haaland dengan selesa menembusi benteng Sevilla untuk meledakkan jaringan dari sudut sempit namun gol itu tidak ambil kira kerana foul.
Tetapi video bantuan pengadil (VAR) kemudian menghadiahkan penalti kerana jersi Haaland sebelumnya ditarik Jules Kounde.
Pemain Norway itu mengambil penalitinya sendiri dan melihat percubaan pertama beliau diselamatkan Bounou.
Namun, VAR menegaskan Bounou bergerak terlalu awal dari garisannya dan penalti diambil sekali lagi, dengan Haaland akhirnya menyempurnakan penalti itu untuk memberi Dortmund kelebihan agregat 5-2 dalam perlawanan.
Sevilla memastikan harapan mereka kekal bernyala menerusi penalti Youssef En-Nesyri, sebelum pemain kuat menanduk kuat jaringan dari jauh pada waktu tambahan menjadikan saat-saat terakhir mendebarkan bagi pasukan Bundesliga itu.
Ini merupakan kali pertama Dortmund mara ke suku akhir Liga Juara-Juara sejak musim 2016-17. - Agensi berita.