Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Malaysia berhenti anjurkan F1 lepas 2018

Nov 22, 2016 | 08:10 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia akan berhenti menganjurkan perlumbaan Grand Prix Formula Satu selepas kontraknya berakhir pada 2018, umum Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, pada Isnin (21 Nov).



Beliau memberitahu pemberita perlumbaan F1 kini terlalu mahal untuk dianjurkan dan tidak lagi menarik.



"Di seluruh dunia, malah di Singapura, kedatangan (untuk menyaksikan perlumbaan F1) berkurangan. Saya tidak fikir ada sembarang tempat di dunia yang jumlah penonton F1 bertambah," kata Datuk Seri Nazri.



"Jadi saya berfikir bagi faedah jangka panjang, ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan."



Beliau berkata Malaysia membelanjakan kira-kira RM300 juta ($97 juta) setahun untuk menganjurkan perlumbaan F1 di Litar Sepang, tetapi pulangannya tidak memenuhi jangkaan.



Datuk Seri Nazri bagaimanapun berkata Grand Prix Motosikal menyaksikan peningkatan dalam jumlah pengikut.



Beliau berkata Malaysia tidak menghasilkan cukup pemandu F1 sejak ia mula menganjurkan perlumbaan itu pada 1999. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >