LIGA PERDANA ENGLAND

Mampukah Man City kekal tidak kalah hingga penghujung musim?

LONDON: Satu lagi perlawanan, satu lagi kemenangan.

Belum lagi Liga Perdana England mencecah separuh jalan musim ini, persoalannya kini bukan bolehkah Manchester City menjulang trofi kejuaraan liga tersebut musim ini, sebaliknya bolehkah pasukan pimpinan Pep Guardiola itu melakukannya dengan bergaya - tidak mengalami satu pun kekalahan sehingga tamat musim - untuk mengulangi pencapaian hebat pasukan Arsenal yang bergelar 'Invincible' yang tidak kalah sepanjang musim 2003-2004.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan