Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Perdana England

[Man City 4 : 1 Arsenal] City tidak akan sesia peluang julang trofi EPL, kata Guardiola

Apr 27, 2023 | 09:17 AM



MANCHESTER: Pep Guardiola berkata pasukannya telah membuktikan mereka boleh mengatasi tekanan dan  meraih keputusan yang diingini selepas menewaskan pendahulu Liga Perdana England Arsenal untuk merampas kelebihan dalam persaingan menjuarai liga musim ini.





Nasib Manchester City, yang ketinggalan di belakang Arsenal bagi sebahagian besar musim,  kini berada di dalam tangan sendiri hasil kemenangan 4-1 di Stadium Etihad pada Rabu.





Ia masih menduduki tangga kedua,  ketinggalan dua mata di bawah Arsenal tetapi mempunyai dua perlawanan dalam tangan





City mempunyai baki tujuh perlawanan, bermula pertemuan dengan Fulham pada Ahad ini, sebelum perlawanan di stadium sendiri dengan West Ham dan Leeds.

“Kami tidak mampu hilang tumpuan. Kini nasib kami dalam tangan sendiri,” kata Guardiola.





“Tiga perlawanan akan datang boleh menentukan apa yang boleh kita raih. Realitinya adalah kita masih di belakang Arsenal.





“Tentunya keadaan ini tidak semudah yang disangka bagi kita, tapi kita akan membuat persiapan bagi setiap perlawanan satu persatu.

“Kita tidak boleh mensesiakan peluang ini.” 





City, buat masa ini, masih berpeluang memenangi tiga trofi utama dalam EPL, Liga Juara-Juara Eropah dan Piala FA.





Guardiola berkata pengalaman anak didiknya untuk memberi tumpuan di penghujung musim yang penuh pertaruhan ini adalah genting dalam menentukan kejayaan mereka.





“Mereka tahu adalah wajar untuk akur kami hampir ke garisan penamat dan pada masa yang sama sedar kami perlu terus memenangi perlawanan untuk berjaya,” kata Guardiola, yang sebelum ini memimpin Barcelona dan Bayern Munich.





“Sikap di mana anda berasa terdesak untuk menang adalah sikap yang terbaik bagi saya,” kata Guardiola.





Kevin de Bruyne menjaringkan dua gol semasa menentang Arsenal, dengan John Stones dan Erling Haaland masing-masing menyumbang satu gol.





De Bruyne berkata beliau dan pemain lain tidak akan menghiraukan hujah orang luar yang berkata City adalah juara musim ini.

“Banyak lagi perkara yang boleh berlaku. Jadual kami padat. Kami tidak akan bersikap sambil lewa,” kata beliau.





Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata Arsenal perlu dan boleh memenangi semua baki perlawanannya.





Arsenal berbaki lima perlwanan dan perlu mengutip semua 15 mata dan berharap City mencicir mata untuk memenangi liga.





Anak didiknya, yang mengakhiri musim lalu di tangga kelima, mendahului liga dengan lapan mata di awal bulan.





Namun, kegagalannya menewaskan Liverpool, West Ham dan Southampton – kesemua perlawanan itu berkesudahan seri – bermakna ia mencicir enam mata dan hilang momentum menjelang pertemuan dengan City ini.

“Kami tahu kami harus beraksi pada tahap terbaik, tapi kami tidak bermaya berbuat demikian,” kata Arteta.





“Buat masa ini, pemain kami sedang sengsara dan saya perlu menyemarak semula semangat mereka.”

Namun, Guardiola berkata pemainnya boleh berbangga dengan pencapaian mereka musim ini.





“Cara kita kalah kepada City sukar ditelan, tetapi kami akan memberi tumpuan  kepada projek lebih besar di Arsenal,” kata Arteta, yang berkhidmat sebagai  penolong Guardiola di City dari 2016 hingga 2019.





“Cara kita bersaing sama taraf dengan pasukan City yang hebat ini adalah menakjubkan.





“Apa sahaja boleh berlaku dalam baki musim ini dan kita tidak boleh berhenti berjuang,” kata Arteta lagi. – Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >