Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man City 'binasakan diri', Chelsea lebarkan lagi jurang di tangga teratas EPL

Feb 08, 2015 | 11:13 AM



LONDON: Pasukan pendahulu, Chelsea, mengukuhkan lagi kedudukannya di tangga atas Liga Perdana England (EPL) dengan kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa semalam, melebarkan jurang dengan pasukan terdekat kepada tujuh mata selepas Manchester City "membinasakan diri sendiri" apabila sekadar seri 1-1 di padang sendiri dengan pasukan kerdil, Hull City.


Dalam perlawanan di mana kededua pasukan di tangga atas itu kelihatan akan tercicir mata selepas Villa menamatkan kemarau 660 minit tanpa gol untuk menyamakan kedudukan dalam pertemuan di Villa Park, rembatan kencang ala peluru daripada Branislav Ivanovic memastikan Chelsea memanfaatkan sepenuhnya kegagalan pesaing terdekatnya, City, mengutip mata penuh ke atas Hull.


Juara bertahan EPL itu memerlukan sepakan percuma cantik James Milner dalam masa kecederaan untuk mengelakkan diri daripada dimalukan Hull, namun City masih gagal menamatkan rentetan tanpa kemenangan sejak awal bulan ini yang menyaksikan kelab itu kehilangan tunggak inspirasi, Yaya Toure, yang mewakili negaranya di Piala Negara-Negara Afrika.


Penyerang prolifik Tottenham Hotspur, Harry Kane, pula meraikan 'derby' utara London pertamanya dengan menyumbatkan kededua gol kelabnya yang bangkit untuk mengatasi Arsenal.


Kemenangan itu membolehkan Spurs melompat ke tangga kelima sedang anak didik Arsene Wenger jatuh ke tangga keenam.


Southampton memerlukan gol dalam waktu kecederaan untuk menewaskan Queens Park Rangers 1-0 - membolehkannya naik semula ke tangga ketiga sedang persaingan bagi merebut empat tangga teratas untuk menjamin tempat ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan semakin sengit.


Kebangkitan Crystal Palace di bawah pimpinan Alan Pardew berterusan apabila mereka mengutip tiga mata penuh dengan kemenangan 1-0 ke atas Leicester City.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >