Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Man City bukti favorit julang EPL, akhiri tahun ini di tangga teratas

Dec 31, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, berkata persaingan bagi menjuarai Liga Perdana England (EPL) masih terbuka meskipun selepas menyaksikan pasukannya mengakhiri tahun 2021 ini sebagai pendahulu di samping keselesaan jurang lapan mata ke atas pesaing terdekat, Chelsea.



City memperluas jurang dengan pasukan lain selepas ia menewaskan Brentford 1-0 di padang lawan semalam, sementara Chelsea tercicir dua mata selepas diikat 1-1 oleh Brighton.



Satu lagi pesaing bagi kejuaraan liga, Liverpool, jatuh ke tangga ketiga - sembilan mata di belakang City - selepas The Reds tewas 0-1 kepada Leicester kelmarin.



Kemenangan City semalam adalah yang ke-10 berturut-turut dan sejarah menunjukkan laluan bagi City menjulang trofi EPL adalah cerah bagi mana-mana kelab yang menduduki takhta liga di akhir tahun.



Ini berlaku dua kali - pada musim 2011-12 dan juga pada musim 2017-18.



Namun, bercakap kepada wartawan selepas perlawanan dengan Brentford, Guardiola menepis sebarang cadangan pasukannya kini adalah pilihan utama untuk menjulang trofi EPL di akhir musim.



"Ada lagi 54 mata untuk direbut," kata Guardiola.



"Saya mengucapkan terima kasih ke atas keyakinan anda tetapi saya tidak percaya dengan kata-kata itu kerana Chelsea dan Liverpool adalah dua pasukan yang hebat. Salah satu (kelab itu) adalah juara Eropah dan satu lagi adalah pesaing besar kami saban musim.



"Lagipun, jurang antara pasukan saya dengan pasukan-pasukan itu bukanlah kerana mereka banyak tercicir mata, sebaliknya disebabkan kami memenangi 10 perlawanan berturut-turut."



Kelmarin, City kelihatan kurang tajam di depan gawang dan gagal menyamai rekod jaringan gol kelab itu di divisyen tertinggi bola sepak England - iaitu untuk menjaringkan empat gol dalam empat perlawanan berturut-turut - namun ia jarang mengancam benteng Brentford yang pemainnya berusaha tungkus-lumus untuk menangani serangan City.



Namun, kekalahan itu bermakna Brentford kekal di tangga ke-14 liga dengan 20 mata - sembilan mata di atas zon bahaya tersingkir dari EPL.



Di bahagian atas liga pula, City kini telah memahat kedudukan di tangga teratas. Ia telah memenangi setiap perlawanan EPL bulan ini, menjaringkan 24 gol dengan gawangnya hanya dibolosi lima gol.



Keupayaan anak didik Guardiola mendapatkan tiga mata maksimum dalam perlawanan yang sukar juga menunjukkan semangat kental mereka untuk terus berjuang dalam keadaan yang sukar.



Dalam pada itu, Chelsea terlepas peluang untuk merapatkan jurang dengan City selepas ia disekat 1-1 oleh Brighton sekalipun menguasai hampir keseluruhan permainan.



Pemain gantian Danny Welbeck menjaringkan gol penyamaan bagi Brighton dalam masa kecederaan, yang bermakna Chelsea hilang peluang untuk memperluas jurang menjadi tiga mata dengan Liverpool.



Menambah kepada kesugulan pengurus The Blues, Thomas Tuchel, yang mengadu tentang jadual perlawanan yang ibarat mendera pemain, dua pemain Chelsea Reese James dan Andreas Christensen juga cedera, dengan perlawanan dengan Liverpool menanti hujung minggu ini nanti. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >