Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Man City dakwa raih kemenangan atas peraturan tajaan

City juga terbabit dalam perbicaraan berasingan mengenai dakwaan langgar peraturan kewangan
Oct 8, 2024 | 5:03 PM
Dua aspek daripada tuntutan Manchester City mengenai peraturan urus niaga pihak bersekutu (APT) Liga Perdana England (EPL) telah dikekalkan, manakala kebanyakan ditolak.
Dua aspek daripada tuntutan Manchester City mengenai peraturan urus niaga pihak bersekutu (APT) Liga Perdana England (EPL) telah dikekalkan, manakala kebanyakan ditolak. - Foto REUTERS

LONDON: Manchester City mendakwa meraih kemenangan dalam pertikaiannya dengan Liga Perdana England (EPL) berhubung peraturannya mengenai urus niaga pihak bersekutu (APT).

Namun dakwaan itu dipertikaikan oleh EPL yang berkata keputusan yang ditetapkan oleh panel hakim di tribunal timbang tara nampaknya mengesahkan keperluan peraturan APT dan hak EPL untuk menguatkuasakannya.

Peraturan APT direka bentuk untuk mengekalkan daya saing EPL dengan menghalang kelab daripada menaikkan nilai tawaran penajaan dengan syarikat yang dikaitkan dengan pemiliknya.

Walaupun proses timbang tara adalah sulit, EPL dan City bersetuju mendedahkan kepada umum satu salinan keputusan yang telah disunting.

Namun, panel itu mendapati sebahagian daripada peraturan APT melanggar undang-undang persaingan Britain dan menyalahi undang-undang kerana kelab-kelab tidak dapat mengulas mengenai jenis data yang akan diambil kira oleh EPL.

Panel itu juga berkata keputusan EPL berhubung dua urus niaga – perjanjian dengan First Abu Dhabi Bank dan satu lagi dengan Etihad Aviation Group, kedua-duanya pada 2023 – “dicapai dengan cara yang tidak adil secara prosedur” dan mesti dibatalkan.

City, yang diambil alih pada 2008 oleh Abu Dhabi United Group dimiliki Sheikh Mansour, berkata mereka telah berjaya dengan tuntutan mereka.

Sementara itu, EPL didapati, antara lain, telah menyalahgunakan kedudukan dominannya.

“Tribunal telah menentukan peraturan itu tidak adil dari segi struktur dan EPL secara khusus tidak adil dalam cara ia menerapkan peraturan itu kepada kelab terlibat.

“Peraturan itu didapati bersifat diskriminasi dalam cara ia beroperasi kerana ia dengan sengaja mengecualikan pinjaman pemegang saham,” ujar City.

EPL pula berkata kebanyakan tuntutan City telah ditolak.

“Tribunal mendapati bahawa peraturan itu adalah perlu supaya kawalan kewangan EPL berkesan,” tambahnya dalam satu kenyataan.

City juga terlibat dalam perbicaraan berasingan mengenai dakwaan pelanggaran peraturan kewangan liga kelab. Keputusan perbicaraan dijangka diketahui sebelum akhir musim ini. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg