Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Man City dedahkan Chelsea belum ada standard

Kalah 1-3 di kubu sendiri, Lampard hadapi tekanan hebat
Jan 05, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Frank Lampard mengaku Chelsea akan perlu melalui "tempoh paling pedih" untuk mencapai standard yang dipaparkan Manchester City setelah anak buah Pep Guardiola membenam Blues 3-1 di Stamford Bridge kelmarin.



Ketiadaan pemain gara-gara koronavirus tidak menjadi alasan buat City dengan jaringan gol dari Ilkay Gundogan, Phil Foden dan Kevin De Bruyne mematikan persaingan dalam 35 minit pertama perlawanan.



Kemenangan itu membawa City empat mata di belakang pendahulu bersama liga Liverpool dan Manchester United, tetapi bermain kurang satu perlawanan berbanding dua kelab ini.



Chelsea dijangka memberi persaingan dalam Liga Perdana musim ini selepas berbelanja besar £220 juta ($300 juta) dalam pasaran pemindahan tetapi prestasi satu kemenangan dalam enam perlawanan meninggalkan mereka di tangga kelapan - tujuh mata di belakang dan telah bermain lebih satu perlawanan daripada pendahulu liga.



Roman Abramovich sebelum ini telah memecat ramai pengurus Chelsea kerana prestasi hambar yang serupa dan tekanan terletak di bahu Lampard untuk membuktikan beliau mampu membentuk skuad yang merangkumi individu berbakat menjadi pasukan yang boleh bersaing untuk kejuaraan besar.



"Kami akan lalui tempoh paling pedih," kata Lampard, yang secara terbuka mengecam prestasi pasukannya dalam kekalahan 1-3 di tangan Arsenal minggu lalu.



"Apabila saya lihat skuad ini, saya tahu ada semangat dalam pasukan tetapi saya sedar di mana kami berada sebab saya boleh lihat dan saya tahu usaha yang diperlukan untuk berada di tahap yang Man City paparkan hari ini.



"Sebagai satu skuad adalah normal kami hadapi cabaran sepanjang jalan, kini ia adalah satu ujian."



City hanya sekali menjaring lebih daripada dua gol dalam perlawanan liga sejak perlawanan pertama musim tetapi menemui rentak mereka selepas 10 minit dalam formasi berbeza dengan De Bruyne bertindak sebagai penyerang paling depan di antara Foden dengan Raheem Steerling.



"Kami mempunyai rancangan, kami cuba bermain dengan cara tertentu dan ia berjaya. Pemain beraksi hebat dalam semua bahagian," kata pengurus Manchester City Pep Guardiola.



"Kami adalah pasukan yang perlu bermain dalam rentak tertentu, kami harus bermain dengan banyak hantaran. Kami menang Liga Perdana dengan cara itu (sebelum ini). Kami hilang sedikit tempo ini (pada musim ini) dan hari ini kami mendapatnya semula." - Agensi berita




"Apabila saya lihat skuad ini, saya tahu ada semangat dalam pasukan tetapi saya sedar di mana kami berada sebab saya boleh lihat dan saya tahu usaha yang diperlukan untuk berada di tahap yang Man City paparkan hari ini.

Ia normal bahawa sebagai satu skuad kami hadapi cabaran sepanjang jalan, kini ia adalah satu ujian."

- Frank Lampard Pengurus Chelsea




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >