LIGA PERDANA ENGLAND

Man City di ambang kejuaraan jika atasi Everton

LONDON: Satu lagi kemenangan Manchester City apabila Liga Perdana England disambung semula pada hujung minggu ini menyusuli rehat antarabangsa akan meletakkan pasukan pimpinan Pep Guardiola di ambang kejuaraan.

Kemenangan ke atas Everton di Goodison Park esok (12.30 tengah malam esok waktu Singapura) bermakna City hanya memerlukan tiga mata lagi untuk ditabal juara Liga Perdana musim ini.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan