Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Man City juara England

Rebut mahkota liga ketiga dalam empat musim lepas Man U tewas kepada Leicester
May 13, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Manchester City menjuarai Liga Perdana England (EPL) semalam - ketiga dalam empat musim - selepas pesaing terdekatnya Manchester United tewas kepada Leicester City.



Pengurus Pep Guardiola dan pasukannya kini berada 10 mata di atas United di tangga kedua, dengan baki tiga perlawanan.



Ini kali ketujuh City berada di puncak bola sepak England pada akhir musim dan kejuaraan kelimanya dalam sembilan tahun.



"Ini adalah kejuaraan yang paling sukar dimenangi kerana musim ini luar biasa," kata Guardiola.



"Kami akan sentiasa mengingati musim ini kerana cara kami memenanginya. Saya amat berbesar hati kerana menguruskan pasukan ini dan kumpulan pemain ini.



"Mereka semua begitu istimewa. Mereka berjaya mengharungi musim yang sukar dan diganggu sekatan dan pelbagai kerumitan.



"Permainan konsisten yang ditunjukkan mereka adalah luar biasa.



"Mereka berjuang setiap hari, cuba merebut yang terbaik setiap hari.



"Sebelum ini saya pernah bertugas di Sepanyol. Saya pernah berada di Jerman juga. Dan saya boleh katakan EPL adalah liga paling sukar sekali. Kemenangan ini begitu bermakna."



Guardiola, 50 tahun, kini telah memenangi lapan trofi domestik sejak tiba di Manchester pada 2016.



City berpeluang mememenangi kejuaraan ini Sabtu lalu tetapi mengalami kekalahan tidak dijangka kepada Chelsea di Stadium Etihad.



Namun, Leicester, yang sendiri sedang bersaing untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan, membantu City dengan menewaskan United 2-1 di Old Trafford.



Ini kali keenam kejuaraan EPL ditentukan di Old Trafford - paling banyak daripada tempat lain. Namun, tiga daripada kejuaraan itu - termasuk musim ini - dimenangi pasukan lain.



Pengurus United Ole Gunnar Solskjaer berkata: "Kami bersaing dengan City seberapa lama yang termampu dan ini adalah pencapaian baik buat kami kerana City adalah sebuah pasukan yang amat handal.



"Mereka layak menjadi juara England. Saya ucapkan tahniah kepada mereka."



Pengurus Leicester Brendan Rodgers berkata: "City telah menetapkan kayu ukur bagi kecemerlangan. Pemain mereka handal, begitu juga dengan pengurus mereka."



Mahkota EPL adalah kejuaraan kedua yang dimenangi City dalam tempoh dua minggu, selepas ia menewaskan Tottenham Hotspur untuk memenangi Piala Carabao.



Dalam tempoh sama, City juga melangkah ke final Liga Juara-Juara selepas menewaskan Paris St-Germain.



Sejak pemilikan kelab itu diambil alih oleh Abu Dhabi Group pada 2008, City telah memenangi 12 piala dan ini kali ketiga ia memenangi kejuaraan dan Piala Liga, yang tahun ini bergelar Piala Carabao.



Mereka dijadual menjulang trofi EPL selepas perlawanan terakhir musim, menentang Everton pada 23 Mei.



Hingga 10,000 penyokong boleh berada di stadium untuk menyaksikan perlawanan itu, selepas sekatan koronavirus Covid-19 dilonggarkan di England. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >