KIEV: Mereka mungkin terkial-kial dalam liga domestik tetapi Manchester City berjaya menunjukkan prestasi penuh bergaya semasa menundukkan Dynamo Kiev 3-1 dalam pertemuan pertama pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara di sini dinihari semalam.
Pasukan pimpinan Manuel Pellegrini melakukan secukupnya untuk memastikan kemenangan dalam babak pertama permainan dengan gol jaringan Sergio Aguero dan David Silva - membuktikan peranan penting yang dimainkan kededua bintangnya itu.