Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man City mahu gantikan Pellegrini?

Jul 01, 2015 | 05:39 PM



LONDON: Manchester City sedang merancang untuk menggantikan pengurus Manuel Pellegrini dengan Pep Guardiola dalam tempoh 12 bulan.


Tetapi pengurus dari Chile itu berazam untuk kekal di Stadium Etihad dan mahu memulakan rundingan mengenai kontrak baru.


Pelligrini telah terselamat sejauh ini meskipun membimbing City melalui kempen buruk musim lalu yang berkesudahan dengan mereka gagal memenangi sebarang trofi.


Tetapi difahamkan bahawa pengerusi kelab, Khaldoon Al-Mubarak, sedang merancang membawa Guardiola ke kelab Manchester itu dalam masa enam bulan.


Pellegrini akan memasukan tahun terakhir kontrak beliau sekarang dan telah tidak ditawarkan kontrak baru.


Pada masa yang sama, terdapat desakan agar Pellegrini kembali ke tanah airnya untuk memimpin skuad nasional mereka. Terdapat juga beberapa kelab Sepanyol yang berminat untuk mengambil balik beliau ke La Liga.


Tetapi Pellegrini berazam untuk menangkis cabaran Guardiola dan kekal di Etihad di mana beliau mahu duduk dan berbincang dengan bos-bosnya mengenai kontrak baru.


Pemilik kelab, Sheikh Mansour, bersedia untuk menghabiskan lebih banyak lagi wangnya untuk mendapatkan para pemain terkemuka, tetapi Pellegrini yakin pihak kelab harus memikirkan semula mengenai masa depan jangka panjang beliau.


Berusia 61 tahun, Pellegrini yakin beliau mampu memenangi mahkota Liga Perdana untuk kali kedua dan memberi cabaran dalam Liga Juara-juara untuk membolehkan City menawarkan kontrak baru untuk beliau.


Pellegrini berkata: "Untuk musim depan, saya harap untuk menang dan pasukan bermain dengan baik. Ada banyak cara untuk menang dan saya suka menang dengan sebuah pasukan yang menarik."


Sekalipun beliau terdesak untuk kekal dalam Liga Perdana, Pellegrini akur bahawa persembahan bola sepak yang terbaik ialah di La Liga, Sepanyol.


Beliau berkata: "Bola sepak yang terbaik ada di Sepanyol. Tetapi liga yang terbaik di dunia ialah Liga Perdana.


"Ada banyak pasukan yang kuat, permainannya lebih rancak dan suasana yang lebih di dalam stadium, tetapi bola sepak terbaik ialah di Sepanyol." - Agensi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >