Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Man City menang tapi laluan ke final penuh mencabar apabila aksi di padang Real

Apr 28, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, kecewa selepas pasukannya, Manchester City, melepaskan banyak peluang untuk menjaringkan lebih gol dan menamatkan harapan Real Madrid lebih awal ketika mereka menewaskan gergasi Sepanyol itu 4-3 dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara.



City sepatutnya dapat menutup terus peluang Real pada perlawanan pertama di Stadium Etihad apabila mereka mendahului dengan dua gol sebanyak tiga kali, namun membenarkan pendahulu La Liga itu untuk bangkit merapatkan jurang.



City mendahului dua gol hanya selepas 11 minit dan turut mendahului 3-1 dan 4-2, namun Real enggan menyerah kalah dalam satu perlawanan penuh aksi.



Gol kedua Karim Benzema menerusi penalti sepakan panenka minit ke-82 menghidupkan peluang Real apabila kededua pasukan bertemu dalam perlawanan kedua di Madrid pada 4 Mei.



Meskipun Guardiola gembira dengan kemenangan pasukannya, pengendali City itu lebih bimbang dengan kegagalan pemainnya untuk memanfaatkan persembahan mereka.



"Ia perlawanan yang menakjubkan bagi kedua-dua pasukan. Kami melakukan banyak perkara yang baik... malangnya kami melepaskan gol dan tidak menjaringkan lebih banyak gol.



"Apa yang kami lakukan dengan bola dan tanpa bola, mencipta peluang demi peluang, saya tidak boleh meminta lebih daripada itu.



"Kami beraksi cemerlang... tetapi mereka bangkit meningkatkan tekanan... kualiti yang ditunjukkan Real Madrid seperti itu boleh menghukum anda," kata Guardiola.



Dalam pada itu, jurulatih Real, Carlo Ancelotti, tidak pernah meragui akan kemampuan kaptennya, Benzema, untuk menjaringkan gol namun beliau akui kecewa dengan kesilapan benteng pertahanannya.



"Perlawanan ini memberi kami pengajaran. Kami perlu bertahan dengan lebih baik.



"Ia bukanlah keputusan yang baik... gawang kami dibolosi empat gol.



"Ia bermakna kami tidak bertahan dengan baik dan kami perlu lebih baik pada aksi kedua. Saya percaya ia adalah kuncinya," kata Ancelotti, sambil menarik perhatian pada kelebihan beraksi di stadium sendiri nanti sebagai amat penting.



"Kami yakin dan teruja kerana kami percaya akan keajaiban di Bernabeu," kata pengurus asal Italy itu.



Stadium Bernabeu sebelum ini sudah pun menjadi 'saksi' dua perlawanan dramatik pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.



Mereka bangkit daripada kekalahan pertama 0-1 kepada Paris Saint-Germain ketika pusingan 16 terbaik yang menyaksikan Benzema menjaringkan hatrik untuk menang 3-1.



Benzema kemudian muncul dengan gol dalam masa tambahan bagi membantu Real menyingkirkan Chelsea dengan agregat 5-4 pada perlawanan suku akhir kedua.



Penyerang Perancis itu kini telah menjaringkan 14 gol dalam Liga Juara-Juara musim ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >