Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man City mula tahun baru dengan menang tipis

Jan 02, 2014 | 12:57 AM



LONDON: Manchester City memulakan tahun baru 2014 dengan kemenangan tipis 3-2 ke atas Swansea City dalam Liga Perdana England (EPL) tadi.


Tetapi kemenangan itu tidak cukup bagi membolehkan City merampas kedudukan tempat pertama EPL dari Arsenal.


Ini kerana Arsenal berjaya menumpaskan Cardiff City 2-0.


Gol pertama City dijaringkan oleh pemain tengahnya Fernandinho seawal minit ke-4.


Fernandinho merembat kencang ke gawang gol Swansea selepas bola melantun ke arahnya dari tendangan sudut pertama City.


Swansea bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan cantik penyerang Wilfried Bony pada masa tambahan dalam separuh masa pertama.


Penyerang kebangsaan Ivory Coast itu sering mengancam gawang gol City dengan beberapa tendangan yang membahayakan gawang lawan.


Dalam separuh masa kedua, kedua-dua pasukan sama rata menguasai permainan tetapi kelebihan City menyerlah bila pemain tengahnya, Yaya Toure, menjaringkan gol hasil tendangan derasnya pada minit ke-58.


Gol ketiga City pula disumbang oleh pemain bek kiri, Aleksandar Kolarov, pada minit ke-66.


Beliau membawa bola dari kawasan sendiri sebelum mengelecek dua pemain Swansea dan merembat masuk bola ke gawang kelab lawan melepasi pengaja gol, Gerhard Tremmel.


Namun, Swansea tidak mudah mengaku kalah dan akhirnya usaha mereka membawa ganjaran bila Bony menjaringkan gol keduanya pada minit-minit terakhir perlawanan.


Keputusan lain:


Arsenal 2 Cardiff 0


Crystal Palace 1 Norwich 1


Fulham 2 West Ham 1


Liverpool 2 Hull 0


Southampton 0 Chelsea 3


Stoke 1 Everton 1


Sunderland 0 Aston Villa 1


West Brom 1 Newcastle 0




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >