Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Man City tersingkir dari Liga Juara-Juara Eropah, tewas jaringan agregat 1-3 kepada Barcelona

Mar 19, 2015 | 09:15 AM



Manchester City - wakil terakhir Liga Perdana England dalam Liga Juara-Juara Eropah - tersingkir dari pertandingan selepas tewas 1-0 kepada Barcelona di Nou Camp pagi Khamis.


Keputusan itu menjamin kemenangan agregat 1-3 bagi Barcelona yang menjaringkan gol tungal permainan menerusi Ivan Rakitic pada minit ke-31.


City berpeluang merapat jurang pada minit ke-78, tetapi penalti yang dimenangi dan diambil oleh Sergio Aguero berjaya diselamatkan penjaga gawang Barcelona.


Malah, jurang kemenangan mungkin lebih luas tanpa pertunjukan hebat oleh Joe Hart di gawang City.


Dipimpin Lionel Messi dan Neymar, Barcelona mengasak benteng City dari wisel pertama dan membuat 23 percubaan gol.


Kekalahan itu bermakna City gagal melangkah ke suku akhir dalam empat Liga Juara-Juara berturut-turut.


Dalam perlawanan lain, Carlos Tevez menyumbat dua gol dan Alvaro Morata menambah satu gol bagi membantu Juventus menewaskan Borussia Dormund 3-0; atau jaringan agregat 5-1.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >