LIGA JUARA-JUARA EROPAH
Man City terus terkilan
Real Madrid temu Atletico di final buat kali kedua dalam tiga musim
May 06, 2016 | 05:30 AM
CANNING (Sepanyol): Penantian bagi memenangi Liga Juara-Juara Eropah berterusan bagi Manchester City selepas ia tewas 1-0 kepada Real Madrid dalam separuh akhir kedua di Santiago Bernabeu semalam.
Real, yang diikat 0-0 oleh City dalam separuh akhir pertama di Manchester minggu lalu, kini berpeluang menjulang trofi buat kali ke-11 apabila ia bertemu seteru sekota Atletico Madrid dalam final di Milan, Italy, pada 28 Mei nanti.