Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man U atasi Real Madrid raih pendapatan tertinggi

Jan 19, 2017 | 09:33 AM



LONDON - Manchester United mengatasi Real Madrid sebagai kelab bola sepak terkaya di dunia selepas pendapatannya meningkat kepada AS$735 juta ($1.05 bilion) dalam 2015-16, menurut Liga Kewangan Deloitte yang diterbitkan Khamis (19 Jan).



Juara Inggeris 20 kali itu mengatasi kelab Sepanyol itu yang menerajui kedudukan selama 11 tahun, ekoran penyertaannya dalam Liga Juara-Juara dan pendapatan komersial yang meningkat ekoran kebangkitan mereka.



Real jatuh ke tempat ketiga di belakang Barcelona, disusuli Bayern Munich (keempat) dan Manchester City (kelima).



Lapan daripada 20 tempat teratas yang menjana pendapatan tinggi adalah daripada Liga Perdana Inggeris. Ia mencerminkan pengaruh kewangan yang lebih besar yang dinikmati kelab-kelab liga utama England berbanding rakan-rakan mereka di Eropah.



Leicester City, juara EPL tahun lalu, menyertai senarai itu buat pertama kali di tempat ke-20.



Tim Bridge, pengurus kanan di Deloitte, berkata semua kelab Liga Perdana mungkin berada di 30 tangga teratas pada tahun depan ekoran perjanjian hak penyiaran televisyen bernilai £5.1 bilion ($8.95 bilion) yang bermula pada musim ini.



"Ia menunjukkan kekuatan kewangan dalam Liga Perdana Inggeris," kata Bridge, pengurus kanan di Deloitte.



"Kemunculan Leicester menunjukkan bahawa kejayaan di padang boleh memberi peluang sebarang kelab Liga Perdana berada dalam 20 teratas.



"Terdapat kemungkinan kuat bahawa hampir semua kelab Liga Perdana Inggeris akan berada di dalam 30 kelab teratas tahun depan."



Hanya satu kelab Sepanyol, Atletico Madrid, berada dalam 20 tangga teratas, di samping tiga Jerman dan empat Italy yang diketuai Juventus di tempat ke-10. Paris St Germain, satu-satunya kelab Perancis dalam senarai, merosot ke tangga keenam dari tangga keempat. Kelab Russia, Zenit St Petersburg, melengkapkan 20 tangga teratas itu.



Gabungan pendapatan 20 kelab itu - tidak termasuk bayaran perpindahan pemain, cukai nilai tambah dan cukai lain yang berkaitan - naik 12 peratus kepada euro 7.4 bilion ($11.24 bilion).



Manchester United, yang kembali ke tangga pertama sejak 2003-04, Barcelona dan Real Madrid memecahkan sempadan pendapatan euro 600 juta pada 2015-16 - kelab pertama berbuat demikian. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >