Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Man U harap Telles dapat beraksi lepas diuji negatif Covid-19

Nov 18, 2020 | 05:30 AM



ENGLAND: Manchester United kekal berharap Alex Telles akan dapat disertakan dalam skuad perlawanan Sabtu ini menentang West Brom selepas pemain pertahanan itu diuji negatif Covid-19.



Bagaimanapun, beberapa laporan mengatakan bahawa pemain Brazil itu telah diuji positif hujung minggu lalu semasa menjalankan tugas antarabangsa.



Namun, Konfederasi Bola Sepak Brazil berkata pemain berusia 27 tahun itu akan membuat perjalanan bersama skuad semalam selepas kembali dengan ujian kedua sah negatif.



United sebelum ini berkata mereka akan "membuat penilaian" apabila beliau kembali.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum ujian negatif Telles disahkan, kelab itu berkata:



"Ia masih berharap dia akan dapat disertakan dalam skuad perlawanan Perdana Liga menentang West Bromwich di Old Trafford."



Telles menyertai United daripada Porto selepas menandatangani kontrak selama empat tahun pada Oktober lalu, sebelum diuji positif bagi koronavirus pada akhir bulan itu.



Dalam pada itu, pemain midfield Arsenal Mohamed Elneny sah diuji positif Covid-19 semasa menjalankan tugas antarabangsa, umum Persatuan Bola Sepak (FA) Mesir.



Pemain berusia 28 tahun itu tidak menunjukkan sebarang gejala tetapi diuji positif apabila tiba di Togo bagi perlawanan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika Mesir semalam.



Kelmarin, Liga Perdana mengumumkan 16 keputusan positif daripada 1,207 pemain dan kakitangan kelab yang diuji bagi koronavirus antara 9 dengan 15 November.



Pemain dan kakitangan yang diuji positif akan mengasingkan diri mereka selama 10 hari.



Keputusan ujian ke atas Elneny timbul berikutan rakan sepasukannya dari Mesir, penyerang Liverpool Mohamed Salah, diuji positif bagi koronavirus Jumaat lalu.



FA Mesir berkata Elneny sebelum ini kembali dengan tiga ujian negatif sejak menjalankan tugas antarabangsa, termasuk satu ujian selepas kemenangan 1-0 di padang sendiri ke atas Togo Sabtu lalu, ketika pemain midfield itu beraksi selama 90 minit penuh.



Elneny telah membuat 11 penampilan untuk Arsenal dalam semua pertandingan musim ini, dengan Gunners kini menduduki tangga ke-11 Liga Perdana dan mendahului kumpulan Liga Europa mereka. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >