Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Man U jatuh dari tangga keempat lepas disekat Burnley 1-1

Pasukan Rangnick kuasai babak pertama tapi gagal tambah jaringan lepas Burnley samakan kedudukan 1-1
Feb 10, 2022 | 05:30 AM



BURNLEY (England): Manchester United tersingkir daripada kedudukan empat teratas Liga Perdana selepas diikat 1-1 oleh pasukan terbawah, Burnley, semalam.



United menguasai persaingan pada permulaan perlawanan namun gol awal mereka dibatalkan oleh keputusan penolong pengadil maya (VAR) kerana ofsaid, sebelum Paul Pogba, yang kali pertama memulakan permainan dalam liga sejak pertengahan Oktober lalu, menjaringkan gol pertamanya musim ini.



Skuad kendalian Ralf Rangnick itu sepatutnya menambah kelebihan mereka sebelum masa rehat, tetapi penjaga gol Burnley, Nick Pope, banyak menyelamatkan percubaan walaupun tuan rumah itu gagal mencipta sebarang percubaan pada babak pertama.



United terpaksa membayar harga tinggi bagi kesilapan mereka apabila Burnley menyamakan kedudukan menerusi Jay Rodriguez dua minit selepas babak kedua bermula, yang juga adalah serangan pertama mereka dalam perlawanan itu.



Lawan Burnley itu hilang semua rentak babak pertama mereka selepas itu dan tidak menemui jaringan kemenangan walaupun banyak memberi tekanan sebelum wisel penamat.



Kapten United, Harry Maguire, berkata: "Kami mengawal perlawanan. Kami perlu menang perlawanan ini dengan banyak peluang yang kami cipta. Kami perlu mendapatkan gol kedua. Kami mencicirkan dua mata.



"Kami mahu menguasai perlawanan tetapi sudah pasti bila anda datang ke Burnley, anda tidak boleh menguasai selama 90 minit. Kami sepatutnya lebih baik".



Tanpa penyerang veteran yang juga penjaring utama Cristiano Ronaldo, yang memulakan aksi dari bangku simpanan, tiga penyerang utama United nyata bukan tandingan Burnley pada babak pertama.



Pemain pertahanan Perancis Raphael Varane menyangka beliau sudah menjaringkan gol pertamanya buat United selepas 12 minit, namun gol menerusi tandukan itu dibatalkan kerana ofsaid terhadap Maguire selepas melihat rakaman VAR.



Dengan keputusan itu, United jatuh ke tangga kelima dengan 39 mata daripada 23 perlawanan, satu di belakang West Ham United.



Kemenangan 1-0 West Ham ke atas Watford menyaksikan pasukan Hammers berjaya memintas United dan menduduki tangga keempat liga dalam persaingan menjadi empat pasukan layak ke Liga Juara-Juara musim depan.



Arsenal dan Tottenham Hotspur juga kekal dalam persaingan itu.



"Sekali lagi ia adalah malam yang mengecewakan kami kerana kami sepatutnya memenangi perlawanan itu dengan mudah.



"15-20 minit pertama di separuh masa kedua kami tidak cukup agresif. Satu mata daripada persembahan seperti ini tidak mencukupi," kata Rangnick.



Musim United terus bermasalah apabila mereka disingkir daripada Piala FA oleh pasukan Liga Kejuaraan Middlesbrough menerusi sepakan penalti Jumaat lalu.



Dengan Newcastle United menewaskan Everton semalam, Burnley terus ketinggalan di tangga paling bawah dalam usaha mengelak penyingkiran daripada liga dengan 14 mata, berbanding Newcastle (18 mata), Norwich City (16) dan Watford (15).



Namun, mereka ada dua perlawanan dalam tangan dan boleh memintas tiga pasukan itu jika menang kedua-dua perlawanan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >