Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man U: Penyokong abai undang-undang akan dihukum

May 05, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Manchester United akan menghukum penyokong yang melanggar undang-undang semasa bantahan di luar Old Trafford sebelum perlawanan Liga Perdana England (EPL) antara United dengan Liverpool Ahad lalu.



Perlawanan itu terpaksa dibatalkan dan akan dijadualkan semula, selepas penyokong United pecah masuk ke stadium yang ditutup kerana sekatan Covid-19.



"Kebanyakan penyokong kami mengutuk perbuatan merosakkan harta benda, serta keganasan yang ditunjukkan terhadap kakitangan, pegawai polis dan penyokong lain. Perkara ini kini adalah kes polis," kata United dalam satu kenyataan.



"Kelab ini tidak ingin melihat penyokong yang membantah secara aman dihukum tetapi akan bekerjasama dengan polis untuk mengenal pasti mereka yang terlibat melanggar undang-undang. Kami juga akan mengeluarkan sekatan sendiri terhadap sebarang pemilik tiket musiman atau anggota yang dikenal pasti, berdasarkan peraturan kelab ini," kata United.



Suar dilontarkan ke arah bahagian yang digunakan oleh penyiar televisyen, sementara sebahagian penyokong memasuki padang dan bertempur dengan polis di luar stadium.



Polis Greater Manchester berkata enam pegawainya cedera, termasuk seorang mengalami keretakan di soket mata.



Seorang lagi cedera di wajahnya, selepas botol dan tin dilontar oleh pembantah. Pegawai polis ketiga diheret dan ditendang. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >