Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Man U perkukuh saingan ke Liga Juara-Juara

Menang selepas tepis cabaran hebat Leeds
Feb 22, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Manchester United berjaya mengatasi seteru tradisional mereka, Leeds United, yang bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menyamakan kedudukan 10 minit selepas waktu rehat.



Dalam pertemuan pertama - di hadapan penyokong di Elland Road - sejak Oktober 2003, United berjaya menggembleng segala tenaga untuk mengatasi kekecewaan melepaskan kelebihan dua gol itu dengan menjaringkan gol kemenangan menerusi pemain gantian, Fred dan Anthony Elanga, untuk menang 4-2 dan pulang dengan mata penuh.



Dua gol United dalam separuh masa pertama dijaringkan Harry Maguire (minit ke-34) menerusi tandukan hasil tendangan sudut - kali pertama United berjaya melakukan demikian setelah lebih 140 tendangan sudut musim ini - dan Bruno Fernandes (minit ke-45) manakala Leeds menyamakan kedudukan menerusi Rodrigo (minit ke-53) dan Raphinha (minit ke-54).



"Ia merupakan perlawanan yang sukar dalam keadaan yang amat mencabar," kata pengurus United, Ralf Rangnick.



"Namun, untuk mengatasi kejutan kehilangan kelebihan dua gol, dengan cara yang kami lakukan, kami memerlukan semangat juang dan sepasukan yang tinggi. Dan para pemain menunjukkannya hari ini bagi menolak segala khabar angin mengenai ketegangan di bilik persalinan," ujar pengurus asal Jerman itu.



Pemain pertahanan dan kapten United, Maguire, pula menekankan ia adalah perlawanan yang penting dan tiga mata itu memperkukuh saingan pasukan Red Devils itu untuk merebut tempat kelayakan Liga Juara-Juara Eropah bagi musim depan.



"Kami menunjukkan semangat sepasukan yang tinggi...amat mengecewakan bila anda melihat statistik kami (gagal menjaringkan gol dari tendangan sudut) jadi penting bagi saya menjaringkan gol malam ini," ujar beliau.



Beliau, yang awal sebelum perlawanan semalam, mengeluarkan kenyataan menokak dakwaan terdapat ketegangan dalam kem United dengan sebahagian pemain mahu Christiano Ronaldo menggantikan beliau sebagai pemain.



Ini ekoran persembahan Maguire yang mengecewakan sejauh ini.



Bekas pemain United, Paul Scholes, yang mengulas perlawanan malam kelmarin di televisyen berkata, perlawanan itu adalah persembahan United yang terbaik pada tahun ini, namun ia masih jauh daripada memuaskan.



"Mereka harus mengawal perlawanan dengan lebih baik. Apa yang dilakukan pasukan-pasukan elit Eropah ialah mereka mengawal rentak perlawanan. Dan United harus mula melakukan ini," ujarnya.



Namun, Scholes menekankan tiga mata itu penting bagi memperkukuh perjuangan United untuk empat tempat teratas liga.



"Saingannya sengit, dengan kemenangan ini pun ia tidak menjamin apa-apa kerana perbezaan antara United, West Ham, Arsenal dan Spurs begitu kecil," tambah beliau.



Meskipun demikian, legenda United itu berkata selain persembahan Maguire, beliau gembira dengan kebangkitan Jadon Sancho, yang gagal menunjukkan keupayaannya sebenar setelah pemindahannya daripada kelab Jerman, Borussia Dortmund.



"Beliau telah bermain dengan baik dalam beberapa perlawanan lalu dan malam ini, Sancho menunjukkan kualiti beliau sebenar," katanya.



Dalam pada itu, pengurus Leeds, Marcelo Bielsa, berkata beliau bangga dengan persembahan anak buahnya namun kecewa dengan kegagalan mereka memanfaatkan momentum dari dua gol yang dijaringkan dalam separuh masa kedua.



"Ia berlaku terlalu kerap. Kami menunjukkan semua kekuatan dan kelemahan kami dalam satu perlawanan. Setelah menyamakan kedudukan, kami tidak mengambil kesempatan untuk menambah jaringan dan membenarkan United kembali menguasai perlawanan," kata jurulatih veteran itu. - Agensi Berita.




"Ia merupakan perlawanan yang sukar dalam keadaan yang amat mencabar.

Namun, untuk mengatasi kejutan kehilangan kelebihan dua gol, dengan cara yang kami lakukan, kami memerlukan semangat juang dan sepasukan yang tinggi. Dan para pemain menunjukkannya hari ini bagi menolak segala khabar angin mengenai ketegangan di bilik persalinan.''

- Pengurus United, Ralf Rangnick.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >