Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Man U tak tolak 'sambar' pula Pogba

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
3

LIGA PERDANA ENGLAND

Man U tak tolak 'sambar' pula Pogba

Ronaldo bayangkan hasrat kembali semula ke Old Trafford
Sep 06, 2014 | 07:44 AM

LONDON: Nampaknya proses membina semula Manchester United di bawah pengurus baru, Louis van Gaal - yang menelan belanja lebih £150 juta ($307 juta) sejauh ini - belum lagi lengkap dengan desas-desus terbaru mengatakan bahawa kelab Liga Perdana England (EPL) itu merancang membuat tawaran £60 juta untuk menyambar bakat muda Perancis, Paul Pogba, yang sebelum ini menjadi sasaran Chelsea.

United dilaporkan giat mengikuti perkembangan perbincangan kontrak baru antara Pogba dengan kelabnya, Juventus, dengan Van Gaal dikatakan berminat membawa pemain itu - yang dipilih Pemain Muda Terbaik di Piala Dunia Brazil pada Jun lalu - ke Old Trafford.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3