Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Man U terus mara, Arsenal mula lega

Rashford: Terlalu awal cakap pasal juara; 'Gunners' menang lagi, keluar dari bahaya
Dec 31, 2020 | 05:30 AM



MANCHESTER: Penyerang Manchester United Marcus Rashford berkata "tidak masuk akal" untuk memikirkan menjuarai Liga Perdana England (EPL) pada ketika ini walaupun jaringannya pada waktu kecederaan ketika menentang Wolverhampton Wanderers awal pagi semalam membantu United melonjak ke tangga kedua.



Perlawanan tersebut hampir berakhir dengan seri tanpa jaringan sebelum Rashford menyempurnakan peluang terakhir pasukannya sekali gus memastikan tiga mata penuh.



United kini menduduki dua mata di belakang pendahulu liga Liverpool dan kini telah memenangi tiga daripada 15 perlawanan pertama musim ini sewaktu masa tambahan - satu persembahan yang biasa dilihat di Old Trafford sewaktu pasukan itu dikendalikan bekas pengurus, Alex Ferguson.



"Kami tidak wajar memikirkan tentang juarai liga buat masa ini," kata Rashford.



"Kami adalah pasukan yang masih perlu memperbaiki persembahan dan untuk menjangka peluang kami sekarang pada awal musim adalah satu perkara yang tidak masuk akal.



"Kami perlu menghadapi satu demi satu perlawanan dan jika kami dapat mencari peluang menang seperti ini, mungkin kami dapat melihat semula kedudukan kami di penghujung musim nanti."



Pengendali pasukan, Ole Gunnar Solskjaer pula berkata beliau hanya akan memberi komen mengenai persaingan merebut takhta selepas 30 perlawanan liga.



"Tidak ada cabaran merebut piala hanya selepas 15 perlawanan," katanya.



Menyentuh tentang kemenangan ke atas Wolves pula, Solskjaer menggambarkan kemenangan daripada persembahan kurang bertenaga itu sebagai "langkah besar" selepas United berjaya menewaskan Wolves buat pertama kali dalam lima pertemuan sejak skuad kendalian Nuno Espirito Santo kembali ke liga utama dua tahun setengah yang lalu.



"Kami sering menghadapi cabaran ketika berdepan mereka dan ini adalah kemenangan pertama dalam liga. Kami telah bertemu mereka sebanyak tujuh kali (sejak tiga musim lalu) dan sering melihat kurangnya gol dijaringkan dalam perlawanan ini."



Sementara itu, Arsenal mengurangkan tekanan terhadap pengurus, Mikel Arteta menerusi kemenangan 1-0 di Brighton ketika saingan liga awal pagi semalam mencetuskan keraguan selepas merekodkan 18 kes positif Covid-19 dalam kalangan pemain dan kakitangan.



Kemenangan kedua berturut-turut menyaksikan Arsenal kini berada di tangga ke-13 liga, hanya sembilan mata di belakang empat pasukan teratas.



Arteta membuat satu perubahan dalam skuadnya yang menewaskan Chelsea 3-1 Ahad lalu dengan menampilkan Pierre-Emerick Aubameyang yang kembali selepas pulih daripada kecederaan mengambil tempat Lacazette.



Namun Lacazette menjadi wira pasukan dengan menjaringkan gol kemenangan, hanya 21 saat selepas beliau dimasukkan menggantikan Gabriel Martinelli.



"Ubat terbaik ialah kemenangan. Apabila anda menang ia satu cerita berbeza dan gambarannya tampak berbeza ketika ini," kata Arteta. -M AFP, Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >