LIGA PERDANA ENGLAND
Man United sesia peluang ke tangga atas
Solskjaer enggan salahkan Pogba atas kegagalan sempurnakan penalti apabila pasukan disekat Wolves
Aug 21, 2019 | 05:30 AM
WOLVERHAMPTON: Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer enggan menyalahkan Paul Pogba selepas bintang Perancis itu gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila mereka terikat 1-1 ketika berdepan Wolves awal pagi semalam.
Pogba mensia-siakan peluang menghadiahkan United kemenangan kedua dalam kempen Liga Perdana England (EPL) musim ini apabila sepakan penaltinya diselamatkan penjaga gol Wolves Rui Patricio.