Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Man Utd kenduri gol, Arsenal rebah di tangan Wolves

Feb 04, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Ole Gunnar Solskjaer dan Manchester United menyamai rekod jaringan gol bagi satu perlawanan dalam Liga Perdana England (EPL) selepas ia membelasah Southampton 9-0 semalam.



Southampton, yang kehilangan pemain pertahanan muda Alexandre Jankewitz yang dilayang kad merah seawal minit kedua, mengakhiri perlawanan dengan hanya sembilan pemain, selepas Jan Bednarek turut diperintah keluar padang pada minit ke-86.



Ini adalah kali kedua dalam dua musim Southampton telah tewas 9-0. Ia tewas dengan jaringan sama kepada Leicester City pada Oktober 2019.



Ia kali ketiga sesebuah pasukan dalam Liga Perdana England tewas 9-0. Kali pertama adalah apabila United menewaskan Ipswich Town pada 1995.



Pesta gol United dimulakan oleh Aaron Wan-Bissaka yang menjaringkan gol pertama di Old Trafford.



Marcus Rashford dan Edinson Cavani turut menemui sasaran dalam separuh masa pertama.



Separuh masa kedua bermula dengan kurang rancak tetapi United bangkit untuk menjaringkan lima gol dalam 20 minit terakhir.



Anthony Martial mengakhiri kemarau gol lapan perlawanan pada minit ke-69, sebelum beliau menggandakan jaringan peribadi pada minit ke-90.



Scott Tominya juga menemui sasaran, merembat bola kencang dari luar petak penalti, sebelum Bruno Fernandes menjaringkan gol menerusi tendangan penalti pada minit ke-87.



Penalti itu diberikan pengadil selepas Bednarek menjatuhkan Martial dalam petak penalti.



Dan James melengkapkan jaringan bagi pasukan tuan rumah dalam masa kecederaan.



Keputusan itu bermakna United kini mengutip 44 mata daripada 22 perlawanan, menyamai kutipan mata Manchester United yang telah beraksi kurang dua perlawanan sebelum ia bertemu Burnley pagi tadi.



Gol-gol yang dijaringkan United itu pula menjadikannya kelab dengan jaringan kedua terbanyak musim ini, di belakang City.



Malah,United hampir menyamai rekod jaringan terbanyak bagi satu perlawanan kelab itu sendiri, yang dicatatnya pada 1956, selepas membelasah Anderlecht 10-0.



Namun, keputusan itu bak menyelubungi 'form' hambar United menjelang perlawanan tersebut - hanya satu kemenangan dalam empat perlawanan terakhir.



Bercakap kepada wartawan di akhir perlawanan, Solskjaer berkata pemain-pemainnya serba yakin dan percaya mereka boleh menang.



"Selepas mereka kehilangan seorang pemain, kami tahu kami perlu menjaringkan gol pertama untuk menguasai permainan.



"Bagi saya, kita perlu merebut setiap peluang (gol) yang ada kerana sejarah menunjukkan betapa pentingnya jaringan gol dalam menentukan kedudukan liga di akhir musim," ujar Solskjaer.



Pengurus Southampton Ralph Hasenhuttl berkata keputusan itu amat mengecewakan, tetapi mengucapkan tahniah kepada United.



Sementara itu masalah disiplin Arsenal memberi kesan kepada Mikel Arteta sekali lagi apabila mereka yang beraksi sembilan orang tewas 2-1 kepada Wolves yang mengganggu usaha ke kelompok empat teratas Liga Perdana.



Arsenal boleh mendekatkan diri hanya lima mata daripada kelompok empat teratas selepas Nicolas Pepe membuka jaringan di Molineux.



Namun kad merah ketiga David Luiz dalam dua musim di Arsenal selepas mengasari Willian Jose pada babak pertama menukar keadaan.



Ruben Neves menyempurnakan penalti sebelum cubaan jarak jauh Joao Moutinho pada awal babak kedua menemui gawang buat Wolves.



Penjaga gol Bernd Leno melengkapkan malam yang sukar buat pelawat apabila dia juga dibuang padang kerana memegang bola di luar kawasan penalti. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >