OLD TRAFFORD: Kelab bolasepak Manchester United semalam mengesahkan bahawa pengurus pasukan mereka, David Moyes, belum dipecat.
Jurucakap kelab tersebut bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya media tentang masa depan pengurusnya.
Akhbar-akhbar tempatan berkata, kelab itu akan melepaskan Moyes menyusuli persembahan terburuk United sepanjang musim ini.
Ditanya sama ada pengurus itu akan meninggalkan Old Trafford sebelum musim berakhir, jurucakap itu berkata:
"Kami tidak mahu mengulas tentang khabar angin." - Agensi.