Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man Utd sejauh ini rugi $48 juta dek pandemik Covid-19

May 22, 2020 | 03:08 PM



ENGLAND: Pandemik koronavirus telah menyebabkan kerugian awal sebanyak £28 juta (S$48 juta) dan angka keseluruhannya dijangka meningkat jauh lebih tinggi, kata Manchester United.





United mengumumkan keputusan suku ketiga sehingga 31 March kelmarin.





Pegawai ketua kewangan Cliff Baty mengatakan mereka akan menyerahkan kembali pendapatan televisyen £20 juta kepada penyiar walaupun musim Liga Perdana telah selesai.





United mengalami kerugian tambahan £8 juta sepanjang tiga minggu akhir Mac apabila tiga perlawanan mereka ditunda.





Sejumlah 11 perlawanan United ditunda akibat pandemik ini.





Berucap di panggilan persidangan selepas keputusan kewangan terkini dibentangkan, Baty menjelaskan penyiar Liga Perdana akan dapat kembali £20 juta daripada kelab itu disebabkan perubahan tarikh dan waktu perlawanan akibat pandemik.





Dengan perlawanan dibatalkan – termasuk perlawanan Liga Europa dan Piala FA – Baty berkata pendapatan  penajaan telah “merosot”, dan penjualan runcit telah “terjejas” dengan kedai kelab di Old Trafford masih ditutup.





Beliau menambah pendapatan hari perlawanan “sangat terkesan” dengan perlawanan dijangka akan diadakan tanpa penonton pada masa akan datang. - Agensi  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >