LIGA PERDANA ENGLAND
Man Utd tewas lagi di tangan Wolves; Fulham turun dari EPL
Man Utd terkeluar dari empat tempat teratas; Fulham sertai Huddersfield ke Liga Kejuaraan
Apr 04, 2019 | 05:30 AM
LONDON: Fulham diturunkan daripada Liga Perdana selepas dibaham Watford 4-1 di padang lawan - satu keputusan yang menyaksikan pasukan itu berada 16 mata di luar daripada 'zon selamat' dengan baki lima permainan.
Pasukan London Barat itu, yang dimiliki peniaga Amerika Syarikat, Shahid Khan, akan kembali ke Liga Kejuaraan dalam tempoh semusim selepas memenangi peringkat promosi playoffs.